Norakyairee Mohd RausMohd Nur Adzam RasdiMohd Hafiz Halim2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16871PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaEmansipasi dalam kajian ini merujuk kepada pembebasan paradigma atau pemberian hak kesetaraan (adil) terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pemahaman hakikat ketidakupayaan berlandaskan Syarak. Paradigma “emansipasi” sangat diperlukan dalam kajian sosial masa kini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komuniti minoriti sosial seperti OKU. Ini kerana, OKU telah lama tersisih daripada arus pembangunan negara sama ada dalam aspek pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, politik dan sebagainya. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka konsep ketidakupayaan menurut Quran dan mengkaji pendekatan yang sesuai dalam mendepani isu dan cabaran OKU beragama. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah dokumen analisis dalam mengumpul data dan maklumat. Dapatan kajian melalui carian https://sigir.uitm.edu.my/svsi/sumberutama.php mendapati bahawa sejumlah ayat-ayat Quran yang menggunakan istilah-istilah yang berkait rapat dengan kategori OKU seperti pekak, bisu, buta, tempang dan lemah. Istilah-istilah ini ada yang digunakan secara jelas merujuk kepada hukum rukhsah (keringanan) untuk berjihad dan melaksanakan tuntutan Syarak, dan ada juga digunakan sebagai perumpamaan bagi menjelaskan hakikat iman dan kafir serta balasannya atas keengganan menerima Islam.otherEmansipasi, ketidakupayaan, OKUEmansipasi Ketidakupayaan Menurut QuranArticle873888