Amiruddin Mohd SobaliNidzamuddin ZakariaSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-282024-05-282013https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6113Pekerjaan adalah suatu yang penting dalam kehidupan manusia dan menjadi nadi dalam pembangunan masyarakat dan tamadun. Islam memerintahkan umat manusia untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga. Bahkan na&ah yang dikeluarkan untuk keluarga lebih besar pahalanya dan diutamakan berbanding sedekah kepada orang lain kerana itu adalah tanggungjawab ketua keluarga. Al-Quran merakamkan betapa para nabi dan rasul terdahulu turut mencurah tenaga membanting tulang untuk menyara hidup selain membawa risalah Allah SWT yang hak. Islam membidas sikap meminta-minta bahkan memerintahkan setiap insan berusaha. Justeru kertas kerja ini akan cuba memberikan pendedahan tentang nas-nas Al-Quran yang memfokus secara terperinci tentang perintah untuk manusia mengerahkan tenaga mencari rezeki di atas muka bumi Allah yang amat luas ini tanpa menghadkan bidang pekerjaan yang diceburi. Perkara ini sangat penting untuk direnungi oleh umat Islam pada waktu ini di mana dunia menyaksikan kelembapan ekonomi global ditambah dengan bilangan penganggur yang meningkat. Kajian yang dilakukan ini lebih berbentuk penyelidikan perpustakaan. Kajian ini dapat membantu masyarakat di dalam memberikan pendedahan galakan Al-Quran kepada umat manusia betapa pentingnya seseorang Muslim itu membina kerjaya demi mencari rezeki yang halal dan mengubah persepsi manusia bahawa kepelbagaian kerjaya penting dalam membina tamadun.otherCareerIslamic perspectiveHalal industryFardu Kifayah Dalam Kepelbagaian Karier Menurut Perspektif Al-QuranArticle