Norhasnira IbrahimFaisal Ahmad Shah2024-05-302024-05-302019-10-08978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16796THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019 “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Fasa peralihan dari zaman dominasi pengaruh Hindu-Buddha kepada zaman pemerkasaan agama Islam di rantau Nusantara telah membawa gelombang perubahan yang besar dalam sastera penulisan manuskrip Melayu. Penulisan manuskrip Melayu yang pada mulanya banyak dipengaruhi oleh unsur Hindu-Buddha mulai mengalami perubahan dari semasa ke semasa dengan menjadikan ajaran Islam sebagai sumber yang penting dalam penghasilan karya-karya bertulisan Jawi. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengkaji kronologi ringkas sejarah penulisan manuskrip Melayu di Nusantara dan menyenaraikan unsur agama Islam dalam penulisan manuskrip Melayu secara umumnya. Kajian ini adalah berbentuk kajian kepustakaan dengan menghimpunkan segala informasi berkaitan tajuk kajian yang diperolehi daripada sumber bertulis dan elektronik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak unsur ajaran Islam terutamanya ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah SAW yang dijadikan sebagai panduan dalam penulisan manuskrip Melayu pelbagai genre seperti agama, hikayat, sejarah, kanun (undang-undang) dan juga perubatan tradisional Melayu yang dihasilkan pada kurun ke-16 hingga 20 masihiotherUnsur Islam, penulisan, manuskrip MelayuPenerapan Unsur Islam Dalam Penulisan Naskhah Manuskrip MelayuArticle602610