Mustafa 'Afifi Bin Ab. HalimMohd Mahyeddin Mohd Salleh2024-05-302024-05-3020182590-4396http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/143https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15711Industri makanan halal merupakan satu pasaran yang belum sepenuhnya diterokai dan ianya mempunyai potensi yang sangat baik pada masa hadapan. Ini disokong oleh pertambahan masyarakat Islam dunia yang dianggarkan berjumlah seramai 1,599,500,000 pada tahun 2010 dan dijangka meningkat sehingga 2,761,480,000 pada tahun 2050 (Berdasarkan dapatan Pusat Kajian Pew, USA) dengan nilai pasaran halal semasa dianggarkan mencecah USD 2.3 billion. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang dibangkitkan dalam industri makanan halal samada di peringkat domestik mahupun antarabangsa terutamanya berkaitan dengan penyalahgunaan label halal dan kesalahan-kesalahan lain yang berhubung kait dengannya. Di Malaysia, persoalan yang timbul, sama ada tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pengeluar produk yang menyalahgunakan label halal kerana kebanyakan tindakan yang di ambil oleh pihak yang berotoriti lebih kepada tindakan pentadbiran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan JAKIM dan JAIN dalam penyalahgunaan label halal berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan dan manual halal seperti Standard Halal Malaysia MS1500:2009 dan Manual Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat pelaksanaan tindakan pentadbiran oleh pihak yang mempunyai otoriti dalam pelabelan halal. Analisis dokumen digunakan untuk menghasilkan dapatan, dan hasil dapatan ini diharapkan dapat mendidik pengeluar produk agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan produk halal bagi kemaslahatan penggunamsHalaltindakan pentadbiranlabelpensijilan halalperlindungan penggunaPeranan Jakim Dan Jain Dalam Kes Yang Melibatkan Penyalahgunaan Label Halal Pada Produk MakananArticle516062