Hendun Abd Rahman ShahSiti Maszuriyati AzizNorfadhilah Mohamad AliNorsuhaida Che MusaAdzidah YaakobMustafa 'Afifi Ab. HalimNur Umairah Mohd Jais2024-05-302024-05-3020222023-1-311675-593610.33102/uijhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16104Volume 34, Issue 3, Page (1-14)Sulh dan mediasi merupakan kaedah penyelesaian pertikaian yang digunakan di Mahkamah Syariah sebagai jalan keluar untuk menyelesaikan persengketaan secara perdamaian. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa krisis pandemik Covid-19 telah menyebabkan peningkatan konflik keluarga dan kes perceraian yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Artikel ini bertujuan mengkaji prospek dan cabaran dalam pelaksanaan proses mediasi dalam Majlis Sulh (sulh-mediasi) secara dalam talian di mahkamah Syariah sebagai satu norma baharu. Kajian menumpukan kepada aspek perundangan dan amalan di Mahkamah Syariah. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kepustakaan, tinjauan literatur dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun sesi sulh-mediasi secara dalam talian mempunyai cabaran dari segi penggunaan teknologi, sosial dan perundangan namun ia mempunyai prospek yang besar bagi penyelesaian pertikaian secara perdamaian. Sebagai penutup kaedah sulh-mediasi dalam talian ini boleh dimanfaatkan sebagai satu persediaan menghadapi kaedah penyelesaian konflik masa hadapan yang lebih fleksibel, murah, cepat dan berkesan.otherSulh, Mediasi, Norma Baharu, undang-undang keluarga, ADRSulh Dan Mediasi Dalam Talian Dalam Konflik Kekeluargaan Di Mahkamah Syariah Malaysia: Prospek Dan Cabaran Norma BaharuArticle114343