Mohamad Farhan Tasnim Mohamad ShukriSiti Mardhiyah Kamal Azhar2025-12-182025-12-182025Mohamad Farhan Tasnim Mohamad Shukri & Siti Mardhiyah Kamal Azhar. (2025). Elemen Kisah-Kisah dalam Surah Al-Kahfi: Kepentingan dan Implikasi Terhadap Pembentukan Masyarakat Bertamadun. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 612–622. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28290International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Al-Quran merupakan wahyu agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan pedoman hidup bagi seluruh manusia. Allah SWT bukan sahaja menyeru umat Islam untuk membaca al-Quran, bahkan turut memerintahkan agar mereka mentadabbur dan memahami kandungan ayat-ayatNYA. Salah satu elemen penting dalam al-Quran ialah Qaṣaṣ (kisah-kisah), yang berfungsi sebagai medium penyampaian mesej ketuhanan dan pengajaran moral melalui peristiwa umat terdahulu. Kajian ini meneliti elemen kisah-kisah dalam Surah al-Kahfi serta kepentingan dan implikasinya terhadap pembentukan masyarakat bertamadun. Pendekatan kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen terhadap sumber-sumber utama seperti kitab tafsir, buku, artikel dan kertas kerja terdahulu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa elemen kisah-kisah dalam Surah al-Kahfi mempunyai peranan signifikan dalam membentuk nilai akhlak, pemikiran dan jati diri masyarakat yang bertamadun berteraskan ajaran Islam.msKisah-kisah al-QuranPembentukan Masyarakat bertamadunSurah al-KahfiStories of the QuranFormation of a Civilized SocietyElemen Kisah-Kisah dalam Surah Al-Kahfi: Kepentingan dan Implikasi Terhadap Pembentukan Masyarakat Bertamaduntext::conference output::conference proceedings::conference paper612622