Nisar Mohammad Ahmad2024-05-312024-05-3120199789675852442http://ppt.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/11/eProsiding-i-STET-2019-latest.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18282E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanArtikel ini meneliti definisi Melayu sebagai Muslim sebagaimana diperuntukkan di dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan yang telah mewujudkan salingkaitan yang rapat antara Melayu dan Islam di Malaysia. Dalam kata lain, dari perspektif Perlembagaan, seseorang tidak lagi dianggap Melayu sekiranya beliau sudah keluar dari agama Islam. Hubungan erat Melayu-Islam ini justeru sangat baik dalam mempertahankan akidah Islam orang Melayu, namun ia turut berpotensi mencipta kekeliruan dengan menimbulkan tanggapan Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam sehingga apa saja berkaitan Melayu akan dikaitkan juga dengan Islam. Artikel ini percaya adalah salah untuk mengaitkan apa saja berkaitan Melayu dengan Islam kerana ia bukan skop definisi yang dimaksudkan di dalam Perkara 160(2). Artikel ini bertujuan untuk mengatasi kekeliruan berkaitan Melayu-Islam ini dengan memberi penekanan kepada pemahaman konsep Islam yang lebih holistik dan universal. Melalui kajian ke atas sejarah hubungkaitan Melayu-Islam, peruntukan Perlembagaan serta kesannya terhadap kefahaman dan amalan ajaran Islam di Malaysia, artikel ini merumuskan bahawa Islam telah banyak memberi kesan kepada sosio budaya orang Melayu secara amnya namun masih terdapat adat dan amalan Melayu yang tidak mencerminkan ajaran Islam. Justeru, adalah penting untuk difahami bahawa Islam, meskipun sinonim dengan bangsa tertentu, adalah agama yang berdiri atas prinsipnya dan tidak tertakluk kepada bangsa atau adat tertentu. Memahami Islam melalui sumber-sumber asasnya seperti Al-Quran dan Hadis adalah solusi yang utama dalam mengatasi kekeliruan berkaitan hubungkaitan Melayu-Islam ini. Tuntasnya, menjadi Muslim tidak semestinya bermaksud menjadi Melayu walaupun secara definisinya Melayu adalah Muslim.otherMelayu, Islam dan Perlembagaan PersekutuanDefinisi Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia Dan Kesannya Terhadap Kefahaman Dan Amalan Ajaran Islam Di MalaysiaArticle4950