Abdul Aziz How AbdullahAwang SariyanSu YingyingHan Xiao2024-05-302024-05-302022eISBN: 9789670001654https://drive.google.com/file/d/1L4brIrMm4U_76q6HAADpvnwOEx2yhZyZ/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18034E-Prosiding Seminar Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi 2022 (SPPT 2022) : “Melonjakkan Aspirasi Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Yang Mampan”/ Editor: Rezki Perdani Sawai, Anita Ismail, Junaidah Abu Seman, Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali 29 September 2022 Anjuran Bersama: Bahagian Education Malaysia dan USIM AlamiyyahKertas kerja ini adalah untuk melihat perkembangan Bahasa Melayu di Negara China yang telahpun sebenarnya bermula pada zaman Dinasti Han iaitu semasa adanya hubungan tamadun alam Melayu dan Tamadun China pada sekitar 100 tahun masihi. Hubungan dengan China telah meningkatkan martabat Bahasa Melayu apabila istana China memberi perhatian kepada Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa asing. Maharaja China telah menubuhkan Biro Jurubahasa (Da Tong Shi) dan Bahasa Melayu diletakkan di bawah Jabatan Bahasa-Bahasa Islam (Hui Hui Guan), bersama-sama dengan Bahasa Arab, Parsi dan beberapa bahasa Islam lain. Akademi Bahasa itu dikekalkan dalam zaman Dinasti Qing tetapi diubah namanya menjadi Hui Tong Si Yi Guan dalam tahun 1748. Perhatian kepada Perhatian kepada bahasa Melayu kemudian disusuli dengan penyusunan kamus Melayu-China yang berjudul Man La Jia Guo Yi Yu (Senarai Perkataan Melaka) dan menjadi rujukan penting hingga abad ke-16. Seawal tahun 1960-an, perkembangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah digerakkan ke institusi pendidikan tinggi di China. Setelah Malaysia menjalinkan hubungan rasmi dengan China pada tahun 1974. Hubungan diplomatik Malaysia-China telah diangkat tarafnya sebagai "Perkongsian Strategik Komprehensif" semasa lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada tahun 2013 dan ini secara jelas menunjukkan asas pembinaan dan persefahaman bahasa di peringkat awal menjadi pemangkin hubungan diplomasi Malaysia-China yang lebih utuh. Kesannya, kita dapat lihat hubungan diplomasi Malaysia-China khasnya dalam bidang pendidikan terus berkembang secara positif. Buktinya, sebanyak 13 buah institusi pendidikan tinggi China yang menawarkan pengajian Melayu dan berjaya melahirkan lebih kurang 1000 orang lepasan siswa dalam program tersebut.otherTamadun, Diplomatik, Perkongsian Strategik Komprehensif, DiplomasiPerkembangan Bahasa Melayu di Negara China Memberi Kesan kepada Hubungan Diplomasi Malaysia-ChinaArticle512516