Rabiatul Adawiyah Binti ZulkepliNurdini Shahidah Binti Mohd RizalNurfatihah Jannah Binti Mohd KamalSyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 978-629-7534-37-4https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17592E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Dunia hari ini sedang berhadapan pandemik COVID 19. Situasi telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aktiviti pengajian Al-Quran yang dilaksanakan secara atas talian. Mengaji al-Quran secara atas talian menggunakan kaedah yang interaktif mempunyai tarikan tersendiri bagi menggalakkan kanak-kanak menguasai dan meningkatkan kemahiran bacaan berkenaan. Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran al-Quran. Maka tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan pengajian al-Quran dan iqra’ secara atas talian yang terdiri daripada pelbagai remaja di Malaysia. Kaedah soal selidik secara deskriptif telah digunakan dalam kajian kuantitatif ini bagi memperoleh data yang dikehendaki. Dalam kajian ini, seramai 30 orang remaja telah disoal selidik bagi membantu menghasilkan kajian ini. Secara umumnya, dapatan analisis mendapati responden telah menyatakan pandangan yang baik kepada skop yang dikaji dengan purata yang tinggi. Kajian ini dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan tentang Pengajian al-Quran secara atas talian dan kecekapan yang berkaitan dengannya serta menentukan keberkesanan pengajian dengan kaedah ini. Kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek. Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa kini.otherPengajian Al-Quran, Remaja, Atas Talian.Analisis Keberkesanan Pengajian Al-Quran secara Atas Talian dalam Kalangan Remaja di NilaiArticle4455