Intan Suria HamzahSity DaudNor Azizan IdrisMuhammad Shamshinor Abdul Azzis2024-05-302024-05-3020160127-787110.33102/sainsinsani.vol1no1.7http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/7https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15314Lanskap keselamatan negara telah mengalami dinamika yang inklusif melalui ancaman daripada proses migrasi rentas sempadan. Kajian ini bermatlamat membincangkan faktor migrasi etnik Rohingya ke Malaysia. Analisis bentuk ancaman bukan tradisional yang menginterpretasi cabaran keselamatan dalaman terhadap rakyat Malaysia merupakan elemen diskusi utama dalam kajian ini. Melalui rekabentuk kajian kualitatif dengan validasi ketepatan maklumat berprosedur, kajian ini menghujah tiga ancaman bukan tradisional iaitu pemerdagangan manusia, pembentukan koloni setempat dan rentas sempadan secara haram sebagai impak yang mendasari migrasi dalam kalangan etnik Rohingya. Selain itu, tekanan tanggungjawab sosial atas faktor kemanusiaan turut menyumbang kekangan pelaksanaan polisi berasaskan citra keselamatan negara Malaysia. Demikian itu, beberapa cadangan turut dibincangkan bagi memberi sumbangan kepada pembuat dasar berkenaan migrasi rentas sempadan di Malaysia.otherMigrasi rentas sempadanpelarianRohingyaancamanpemerdagangan manusiaMigrasi Rentas Sempadan Etnik Rohingya dan Implikasi Terhadap MalaysiaArticle364311