Faradillah Iqmar OmarNurul Masyitah Khairul Haizat2024-11-132024-11-132024Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.e ISBN 978-629-7636-87-0https://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/24816E-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACEDunia hari ini berlandaskan teknologi yang menyebabkan ramai individu tidak dapat dipisahkan daripada media sosial, sehingga mereka enggan ketinggalan daripada sebarang maklumat. Fenomena ini, dikenali sebagai Fear of Missing Out (FoMO), boleh dikatakan dialami oleh hampir setiap individu yang sentiasa bergantung dengan teknologi ataupun telefon pintar untuk mengikuti setiap perkembangan yang dikongsi oleh orang lain. Fear of Missing Out (FoMO) semakin menonjol dalam era digital, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial. Kajian ini bertujuan untuk memberikan tinjauan awal terhadap perilaku FoMO dalam kalangan pengguna media sosial, dengan menekankan peranan media dan komunikasi dalam mempengaruhi fenomena ini. Melalui analisis literatur, kajian ini mendapati bahawa platform media sosial mempromosikan budaya keterhubungan dan keterbukaan, yang secara tidak langsung meningkatkan kebimbangan untuk tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini dan interaksi sosial. FoMO sering dikaitkan dengan penggunaan media sosial yang intensif, di mana individu merasakan tekanan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terbaru yang disampaikan melalui pelbagai saluran komunikasi. Akibatnya, FoMO boleh menjejaskan kesejahteraan psikologi, dengan kesan seperti peningkatan kebimbangan, tekanan sosial, dan rasa tidak puas hati terhadap kehidupan. Kajian ini menyarankan agar media dan platform komunikasi memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mendidik pengguna mengenai risiko FOMO dan menyediakan alat untuk menguruskan perilaku ini. Penyelidikan lanjut diperlukan untuk memahami secara mendalam bagaimana media dan komunikasi dapat mempengaruhi kesan FoMO dalam kalangan pengguna.msFOMOtinjauan literaturmedia sosialkomunikasiperilaku sosialPeranan Media Sosial dalam Mempengaruhi Perilaku Fear of Missing Out: Satu Tinjauan Awaltext::conference output::conference proceedings::conference paper