Kamarul Faiz MihajShudermawan Jaruman2024-05-302024-05-302023Ramlan, N., Doll Kawaid, I. S., Abd Kadir, K., & Zainol, N. N. (Eds.). (2023). International Conference On Quran As Foundation Of Civilization (SWAT2023) . Penerbit USIM.eISSN: 2811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16979PAPER PROCEEDINGS: THE 9TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION SWAT 2023: “AL QURAN AS A SOURCE OF REVELATION IN BUILDING A CIVILIZED SOCIETY”/ Edited by : Dr. Nadiah Ramlan, Dr. Irwan Santeri Doll Kawaid, Dr. Kauthar Abd Kadir, Nurfatin Nazilah Zainol 4th – 5th October 2023 / 19-20 Rabiul Awal 1445H I Faculty of Quranic and Sunnah StudiesKajian kes ini di lakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar Politeknik Mersing, Johor. Kemahiran ini merupakan salah satu elemen kemahiran generik yang diperlukan oleh pelajar selain daripada pencapaian akademik. Kemahiran ini juga dihuraikan melalui sudut pandang yang dititikberatkan dalam Islam. Seramai 260 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dipilih sebagai responden yang terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif. Platform Google Forms telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi tujuan soal selidik terhadap responden. Analisis data kajian secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) untuk mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan. Bagi tujuan melihat perbandingan tahap kemahiran kepimpinan berdasarkan jantina, analisis inferens menggunakan ujian-t telah digunakan. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa tahap kemahiran menyelesaikan masalah yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan ialah 4.05. Walau bagaimanapun, ujian-t menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan bagi kemahiran kepimpinan terhadap jantina pelajar. Kajian ini penting kepada pihak Politeknik Mersing untuk mengenal pasti tahap amalan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar. Kemahiran ini perlu di pertingkatkan dengan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan pelajar.otherKemahiran menyelesaikan masalah; kemahiran generik; kaedah pengajaran dan pembelajaran;pengajaran berkesanKajian Kes Tahap Penguasaan Kemahiran Menyelesaikan Masalah dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Mersing dan Kesetaraan dalam IslamArticle322333