Mohd Shukri Mohd SeninMohd Rilizam RosliMohd Ali Muhamad DonMohd Farhan Ahmad2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16911PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaPelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran diperkenalkan kepada umat Islam di Malaysia. Antaranya ialah kaedah Iqra’, kaedah al-Baghdadi dan sebagainya. Setiap kaedah yang diperkenalkan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Pendekatan terbaik di dalam pembelajaran al-Quran adalah melalui talaqi dan musyafahah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Konsep pengajaran dan pembelajaran Iqra’ pada zaman lalu hanyalah menggunakan pendekatan secara bersemuka dan membaca di hadapan guru mengaji. Namun, apabila kehidupan manusia mula diuji dengan penyebaran wabak Covid 19, pendekatan pembelajaran Iqra’ secara bersemuka tidak lagi dapat diamalkan dan memerlukan pendekatan lain yang lebih sesuai. Antara pendekatan yang paling sesuai ialah melalui medium teknologi digital seperti internet. Kesan daripada revolusi industri 4.0 yang memperlihatkan perkembangan pesat teknologi maklumat, Internet merupakan medium penyampaian yang paling pantas dan mudah dicapai. Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran Iqra’ juga turut dipermudahkan dengan wujudnya teknologi ini. Antara saluran penyampaian yang boleh digunakan menerusi internet adalah saluran youtube. Terdapat banyak video yang dimuatnaik di dalam saluran youtube berkaitan pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Iqra’.Justeru, kajian ini akan cuba menganalisis kaedah pengajaran dan pembelajaran Iqra’ secara online iaitu menerusi saluran youtube. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah analisis kandungan dan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat tiga kaedah pengajaran Iqra’ iaitu kejelasan suara, pengulangan bacaan dan penjelasan cara bacaan atau hukum tajwid. Buku Iqra’ yang digunakan ada dalam tiga bentuk iaitu buku Iqra’ sebenar, buku Iqra’ digital dan slide. Saluran youtube yang terbaik ialah saluran yang mengaplikasikan ketiga-tiga kaedah pengajaran, menggunakan buku Iqra’ sebenar, memuatnaik kesemua siri buku Iqra’ yang enam dan memiliki daya tarikan yang tersendiri.otherMengaji Al-Quran, Kaedah Iqra’, Saluran Youtube, Teknologi Digital, Analisis KandunganAnalisis Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Iqra’ Secara Online Di Malaysia Menerusi Saluran YoutubeArticle