Dzulfaidhi Hakimie DzulraidiMohd Solleh Ab RazakUmar Muhammad NoorMohd Dahlan A. Malek2025-02-132025-02-132024Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi, Mohd Solleh Ab Razak, Umar Muhammad Noor, & Mohd Dahlan A. Malek. (2024). Ekoterapi dalam Islam: Kajian Terhadap Pengasingan (“Uzlah) Nabi Saw di Gua Hira” Sebagai Terapi Mental dan Spiritual. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (ISUFI) 2024, 65–72. https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/view9786297748252https://drive.google.com/file/d/1BxJd-CzaiGYka9EO7Lhy9wMSli_9sdkp/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26287E-Prosiding Seminar Antarabangsa Usul Fiqh (iSUFI) 2024 18 Disember 2024 Anjuran: Fakulti Syariah dan Undang-Undang Penyunting: Irwan bin Mohd Subri, Azman bin Ab Rahman, Ahmad Syukran bin Baharuddin, Hussein 'Azeemi Abdullah bin ThaidiEkoterapi sebagai pendekatan kesihatan semakin mendapat perhatian dalam bidang perubatan moden, terutama dalam mempromosikan kesejahteraan mental melalui hubungan dengan alam. Walaupun ekoterapi diiktiraf dalam amalan kesihatan kontemporari, kajian yang mengintegrasikan konsep ini dalam perspektif Islam masih terhad, khususnya melalui contoh amalan Nabi Muhammad SAW yang beruzlah di gua Hira. Amalan ini mencerminkan pencarian kedamaian dan ketenangan spiritual, yang juga merupakan prinsip penting dalam ekoterapi. Kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang literatur dengan mengkaji pengasingan Nabi SAW di gua Hira sebagai model ekoterapi Islam yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan mental dan spiritual. Menggunakan metodologi kualitatif, kajian ini melibatkan analisis teks daripada kitab-kitab hadith, sirah dan tafsir berkaitan amalan ‘uzlah Nabi SAW serta perbandingan dengan elemen ekoterapi barat. Analisis tematik digunakan untuk menilai unsur-unsur pengasingan, refleksi, dan interaksi dengan alam dalam amalan Nabi SAW, serta implikasinya kepada kesejahteraan psikologi dan rohani. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan Nabi SAW ini memenuhi ciri-ciri ekoterapi, terutamanya dalam aspek pemulihan mental dan spiritual melalui ketenangan yang diperoleh daripada alam semula jadi. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa pendekatan ekoterapi berasaskan Islam dapat menawarkan alternatif yang relevan untuk masyarakat Muslim dalam merawat kesihatan mental secara holistik. Kajian lanjutan disarankan untuk meneroka peranan elemen terapi spesifik seperti terapi hijau dan air dalam konteks Ekoterapi Islam, bagi memperkukuh aplikasi terapi alam ini dalam masyarakat Muslim.msEkoterapi‘UzlahKesihatan MentalGua Hira’HadithEkoterapi dalam Islam: Kajian Terhadap Pengasingan (‘Uzlah) Nabi Saw di Gua Hira’ Sebagai Terapi Mental dan Spiritualtext::conference output::conference proceedings::conference paper