Nurul Ain Hazram2024-08-192024-08-192024-07-30Nurul Ain Hazram (2024). Analisis Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia dari Perspektif Syariah: [An analysis of Child Marriage from Syariah Perspective]. Ulum Islamiyyah, 36(02), 139–151. https://doi.org/10.33102/uij.vol36no02.55710.33102/uij.vol36no02.557https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22235Ulum Islamiyyah, Volume 36 Issue 02 Page (139–151)Perkahwinan bawah umur merupakan perkara yang berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan di serata dunia. Perkahwinan bawah umur berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah masalah sosial yang berlaku di dalam masyarakat dan ianya juga dikatakan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak yang terlibat sehinggakan ramai pihak yang mempersoalkan hukum perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan hukum perkahwinan kanak-kanak dengan membincangkan mengenai kanak-kanak dari perspektif syarak dan juga konsep ahliyyah kanak-kanak dalam perkahwinan, seterusnya membuat kesimpulan mengenai perkahwinan kanak-kanak dari perspektif syariah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kitab-kitab fiqh muktabar dari pelbagai mazhab dan mengambil kira pandangan fuqahā’ daripada mazhab yang berbeza agar penerangan mengenai had umur minimum perkahwinan bagi kanak-kanak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.  Artikel ini menyimpulkan bahawa syarat baligh bukanlah syarat sah perkahwinan, oleh itu kanak-kanak memiliki kelayakan untuk melangsungkan perkahwinan yang menjadikan hukum perkahwinan kanak-kanak itu adalah harus. Namun begitu, keharusan ini tidaklah bermakna bahawa ianya merupakan satu perkara yang digalakkan. Malah, keharusan ini tertakluk kepada maslahah dan mafsadah yang boleh terhasil daripada perkahwinan tersebut.msAhliyyahPerkahwinan Bawah UmurMaslahahMafsadahUndang-Undang Keluarga IslamAnalisis Perkahwinan Bawah Umur di Malaysia dari Perspektif SyariahAn analysis of Child Marriage in Malaysia from Syariah Perspectivetext::journal::journal article