Muhammad ShaberiAhmad Misbah Mohamad HilmiMuhamad Ismail AbdullahIsmail OmarMohd Rofaizal IbhraimAbdul Hakim Baharudin @ IsmailLukman Abdul Mutalib2024-05-282024-05-2820232024-1-17Shaberi, M., Mohamad Hilmi , A. M. ., Abdullah , M. I. ., Omar, I. ., Ibhraim , . M. R. ., Baharudin @ Ismail, A. H. ., & Abdul Mutalib, L. . (2023). Aplikasi Kaedah Darar Dalam Pelaksanaan Eutanasia Terhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan Literatur: Application of the Darar Method within the Implementation of Euthanasia Towards COVID-19 Patients: A Literature Review. Journal of Muwafaqat, 6(2), 35–60. https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v6i2.1392600-893910.53840/muwafaqat.v6i2.139https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/139https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7869Journal of Muwafaqat, VOL. 6 NO. 2. (page: 35-50)Eutanasia ialah suatu perbuatan yang mematikan seseorang yang sangat sakit atau sangat tua supaya mereka tidak lagi menderita. Ia juga dikenali sebagai mercy killing. Menurut syariah Islam eutanasia adalah sesuatu yang diharamkan karena ia termasuk dalam kategori pembunuhan sengaja (qatlu al-’Amad). Meskipun niatnya baik iaitu untuk meringankan penderitaan pesakit namun, hukumnya tetap haram walaupun atas permintaan pesakit itu sendiri atau ahli keluarganya. Namun begitu, ketika pandemik COVID-19 negara kita telah melaksanakan eutanasia terhadap pesakit yang disahkan positif COVID-19. Pegawai yang terlibat dalam merawat pesakit COVID-19 ketika itu perlu memilih dalam memberikan keutamaan untuk memberikan bantuan pernafasan terhadap pesakit oleh kerana kekurangan fasiliti. Hal ini jelas telah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Malaysia yang telah mengharamkan pelaksanaan eutanasia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjelaskan konsep kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia dan menganalisis kajian-kajian berkaitan dengan aplikasi kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengguna pakai metod pengumpulan data melalui kajian perpustakaan serta analisis kandungan artikel-artikel yang menerangkan kajian berkaitan kaedah darar dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah darar digunakan dalam pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Hal ini kerana wujudnya darar jika tidak dilaksanakan eutanasia terhadap pesakit COVID-19. Selain itu, dalam kajian ini didapati bahawa kebanyakan kajian lepas melibatkan pelaksanaan eutanasia hanyalah membahas berkaitan pesakit yang sudah mati otak ataupun dikenali eutanasia pasif. Justeru, kajian berkaitan pelaksanaan eutanasia terhadap pesakit yang belum mati otak seperti pesakit COVID-19 dicadangkan supaya dapat dijalankan.msKaedah Darar, Eutanasia, Pesakit COVID-19Aplikasi Kaedah Darar Dalam Pelaksanaan Eutanasia Terhadap Pesakit COVID-19: Satu Sorotan LiteraturApplication of the Darar Method within the Implementation of Euthanasia Towards COVID-19 Patients: A Literature ReviewArticle355062