Mardhiah YahayaUmmu Umairah SapiuddinKhairul Syafiq RazaliSafinah IsmailNor Musliza MustafaSyarul Azman Shaharuddin2024-05-282024-05-2820232024-2-26Yahaya, M., Razali, K. S., Mustafa, N. M., Ismail, S. ., & Shaharudin, S. A. (2023). KEBERKESANAN KEBOLEHGUNAAN APLIKASI FUN Q BAGI MURID PRA TAHFIZ : Effectiveness of Fun Q Application Usability for Pre Tahfiz-Pupils. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 83–97. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.682636-959110.53840/qiraat.v6i2https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/68/50https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7817Jurnal Qiraat Volume 6 No.2 Page (83-97)Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q untuk kegunaan murid-murid pra tahfiz. Aplikasi ini berbentuk model teknologi hafazan yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah mempelajari, menghafaz dan memahami al-Quran dengan cara santai, mudah dan menyeronokkan. Sehingga kini pelbagai aplikasi digital yang dibangunkan bertujuan menjadi platform pembelajaran hafazan al-Quran. Namun perkembangan teknologi moden dan bidang teknologi dalam pendidikan tahfiz masih kurang diterokai dan mereka kekal dengan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q yang dibangunkan untuk murid-murid pra tahfiz. Metodologi untuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif yang menggunakan instrumen pemerhatian dan catatan nota kepada murid-murid pra tahfiz sebagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan pengguna berpuas hati menggunakan perisian kursus ini dengan memperoleh peratusan sebanyak 99. Oleh yang demikian, aplikasi ini dapat memberikan impak yang sangat besar dalam memandu pembelajaran tahfiz pra sekolah dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu juga, dapat membina kerohanian huffaz rabbani dan melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.otherpra-tahfiz, Fun-Q, aplikasi digital, pembelajaranKeberkesanan Kebolehgunaan Aplikasi Fun Q Bagi Murid Pra TahfizEffectiveness of Fun Q Application Usability for Pre Tahfiz-PupilsArticle839766