Abdul Said AmbotangRosdah Herawaty HamidMohamad Nizam NazarudinRoslee Talip2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18150Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Sekolah sebagai sebuah organisasi sosial merupakan pusat pendidikan bagi melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Sekolah yang dipimpin oleh seorang guru besar dan mempunyai ahli yang terdiri daripada guru serta pelajar. Guru memerlukan seorang pemimpin yang mampu menyuntik semangat dan motivasi untuk lebih efektif dalam pengajaran. Pelajar pula amat bergantung kepada guru bagi memperoleh pengetahuan dan kemahiran Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh kepimpinan instruksional, kecerdasan emosi dan persoaliti guru besar terhadap prestasi kerja guru sekolah rendah di negeri Sabah Methodologi – Penyelidikan ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk tinjauan yang menggunakan kaedah deskriptif. Reka bentuk kuantitatif dipilih untuk kajian ini kerana kaedah kuantitatif adalah sesuai untuk menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian dan bagaimana sesuatu pemboleh ubah itu mempengaruhi pemboleh ubah yang lain serta mengetahui adakah sesuatu faktor itu merupakan jangkaan kepada sesuatu hasil kajian. Dapatan – Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga variabel bebas dengan variabel bersandar. Hasil analisis mendapati bahawa personaliti guru besar mempengaruhi prestasi kerja guru adalah signifikan dengan nilai R square = .564. Nilai varian R square .564 menunjukkan bahawa 56.4% daripada perubahan keseluruhan prestasi kerja guru adalah dipengaruhi oleh faktor personaliti guru besar. Manakala, 43.6% prestasi kerja guru mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Dapatan ini menunjukkan terdapat pengaruh antara personaliti guru besar dengan prestasi kerja guru sekolah rendah di negeri Sabah. Ini bermakna, terdapat pengaruh yang signifikan antara personaliti guru besar dengan prestasi kerja guru sekolah rendah di negeri Sabah. Kepentingan – Dapatan kajian boleh dijadikan bahan rujukan dan panduan dalam merangka kandungan kursus atau latihan kepimpinan pendidikan yang relevan dalam kalangan guru besar, barisan penolong kanan sekolah, pegawai kanan pendidikan di Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan NegeriotherKepimpinan Instruksional, Kecerdasan Emosi, Personaliti, Prestasi KerjaPengaruh Kepimpinan Instruksional, Kecerdasan Emosi Dan Personaliti Guru Besar Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah di SabahArticle814835