Hanim MisbahFuadah JohariMohammad Haji AliasMuhammad Aunurrochim bin Mas’ad SalehMohd Nazri bin Mohd Noor2024-05-302024-05-302020-11-109789674408558http://fem.usim.edu.my/ibaf2020-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17391e-Proceedings of The 9th Islamic Banking, Accounting and Finance International Conference 2020 (iBAF2020) “Navigating the New Normal in Islamic Finance and Wealth Management” 10th – 11th November 2020, Malaysia Organized by: Faculty of Economics and Muamalat,USIM Page: 164-175Pengurusan wakaf berhadapan dengan beberapa isu mengenai aset tidak produktif. Masalah ini sekiranya tidak ditangani dengan baik akan mengundang beberapa masalah lain pada masa akan datang. Antara kemungkinan yang akan dihadapi ialah Majlis Agama Islam Negeri tepaksa menanggung liabiliti seperti bil utiliti, kos penyelenggaraan dan lain-lain kos pengurusan. Kajian ini cuba melihat konsep tawriq dan istibdal sebagai satu solusi kepada masalah aset tidak produktif ini. Antara solusi yang dilihat dapat digunakan untuk menangani isu ini adalah, menggunakan instrumen Istibdal dan Tawriq. Konsep asal instrumen Istibdal adalah menukarkan tanah kepada tanah, manakala Tawriq pula adalah mencairkan tanah kepada tunai. Kedua-dua instrumen adalah cadangan pilihan solusi penyelesaian semasa terhadap harta wakaf, tanah dan bangunan yang tidak produktif. Kajian ini menggunakan metode kualitatif, dengan menganalisis teks kandungan (content analysis) beserta temubual bersama Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Pegawai Jabatan Wakaf dan Sumber Am Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBNS). Kajian ini mendapati, empat daripada tujuh harta wakaf tidak produktif boleh diberdaya majukan menggunakan kaedah Tawriq Istibdal. Manakala tiga harta wakaf yang selebihnya masih boleh dimanfaatkan walaupun tidak memberi pulangan. Kajian ini mencadangkan tiga strategi pelaksanaan Tawriq Istibdal. pertama, mengIstibdalkan tanah-tanah dilokasi yang tidak strategik, kedua, Tawriq dan Istibdal tanah-tanah di lokasi tidak strategik ke tanah di lokasi strategik dan ketiga, Tawriq sebahagian tanah yang mempunyai keluasan yang bersesuaian untuk mendapatkan dana bagi membangunkan tanah yang sama dengan kerjasama penduduk serta komuniti setempat. Implikasi polisi kepada kajian ini adalah, MAINS dan Institusi Wakaf boleh mengenalpasti harta-harta wakaf yang tidak produktif dan mengambil langkah-langkah proaktif dengan membangunkan polisi membangunkan harta tidak produktif dengan menggunakan instrumen Istibdal dan Tawriqen-USDana wakaf, hujjah wakaf, Istibdal, mawquf alaih, TawriqAset Wakaf Tidak Produktif : Cadangan Penyelesaiannya Menggunakan Instrumen Tawriq dan Istibdal di Negeri SembilanArticle164175