Mohd Zamrus Mohd AliWan Ahmad Zakry Wan KamarudinZulkarnin ZakariaRossidi UsopMahiz SpawiAbdel Rahman Ibrahim Suleiman IslehAhmad Fuad Mohamad Amin2024-05-302024-05-302021-10-062811-3411https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16910PAPER PROCEEDINGS THE 7TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2021 “ISLAMIC AND NON-REVEALED KNOWLEDGE IN FACING THE GLOBAL CHALLENGES” 6th – 7th October 2021 / 29 – 30 Safar 1443H Faculty of Quranic and Sunnah Studies Universiti Sains Islam MalaysiaManuskrip Kitab Tabaqat al-Umam menjadi rujukan kerana penulisan Sa‘id al-Andalusi berhubung dengan tasawwur sains dari aspek pensejarahan dan falsafah sains memberi makna sebenar terhadap istilah al-‘ulum. Malah dengan sains yang mereka bina telah memberi kesan kemajuan kepada tamadun manusia di India, Parsi, Chaldean, Yunani, Rom, Mesir, Arab, Andalusia dan Bani Israel pada abad pertengahan hingga abad ke-10. Kajian ini meneliti bagaimana perkemabangan sejarah awal bangsa yang disenaraikan dalam manuskrip kitab Tabaqat al-Umam. Kajian juga bertujuan mengenal pasti pembangunan ilmu sains terawal yang berkepentingan hasil fungsi yang pelbagai dalam masyarakat bangsa tersebut. Seterusnya kajian ini akan memberi cadangan penguasaan ilmu sains melalui analisis epistemologi sains secara terperinci menerusi kajian terhadap aspek kepentingan, fungsi serta sumbangan sains dalam tamadun bangsa. Kajian mendapati golongan intelektual dalam kebanyakan tamadun bangsa yang maju mempunyai pemahaman sains sebagai ilmu yang mampu membina negara dan bangsa. Kajian bersetuju dengan dapatan bahawa perkembangan sains yang pesat di Andalusia dikenali sebagai pusat ilmu sains selama hampir 800 tahun di rantau Eropah. Ia terbukti apabila hampir keseluruhan penduduknya mengenal huruf dan boleh membaca sedangkan dalam masa yang sama penduduk di sebahagian negara-negara Eropah masih mundur dan buta huruf.otherSejarah tamadun, Tabaqat al-Umam, Sa’id al-Andalusi, Sejarah sains.Sejarah Tamadun Bangsa Yang Maju Dalam Sains Berdasarkan Manuskrip Kitab Tabaqat Al-UmamArticle