Kamaruding, M.M.KamarudingKamaruding, S.S.Kamaruding2024-05-302024-05-3020180127-7871http://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/64https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15285Perbuatan tidak beretika seperti rasuah, pecah amanah dan tidak bertanggungjawab sering berlaku dalam kalangan pelaku pembangunan. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah qalb dalam diri pelaku pembangunan yang dipenuhi dengan sifat-sifat tercelah seperti tamak, materialistik dan terlalu mementingkan keduniaan semata-mata. Aspek qalb sangat penting dan perlu diambil berat oleh pelaku pembangunan terutamanya dalam soal kepimpinan kerana ia adalah raja atau pemerintah yang akan menentukan tingkah laku dan perwatakan mereka semasa memimpin. Atas dasar itu, kertas kerja ini bertujuan membincangkan kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang boleh diaplikasikan oleh pelaku pembangunan. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis asas-asas, elemen-elemen, dan mekanisme pelaksanaan kaedah kepimpinan berteraskan qalb. Pengenal pastian dan penganalisisan tersebut dilakukan melalui kaedah kajian dokumen dan kaedah analisis kandungan kualitatif. Hasilnya, kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang boleh diaplikasikan oleh pelaku pembangunan dapat dirumuskan kepada tiga perkara. Pertama, pelaku pembangunan hendaklah sentiasa menekankan aspek iman, ilmu dan nafsu sebagai asas dalam kepimpinan mereka. Kedua, pelaku pembangunan juga hendaklah sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT, sesama pelaku pembangunan dan termasuklah hubungan mereka dengan sumber alam. Ketiga, pelaksanaan aktiviti kepimpinan atau pembangunan oleh pelaku pembangunan juga hendaklah sentiasa berdasarkan hisbah dan tazkiyat al-Nafs. Akhirnya, diharapkan agar kaedah kepimpinan berteraskan qalb yang dibincangkan dalam kertas kerja ini dapat diaplikasikan oleh pelaku pembangunan dan seterusnya dapat membantu menyelesaikan isu-isu yang sering berlaku dalam kalangan pelaku pembangunan di sesebuah organisasi.Kepimpinanqalbpelaku pembangunanimanilmunafsuhisbahtazkiyat al-NafsAplikasi Kaedah Kepimpinan Berteraskan Qalb dalam Kalangan Pelaku PembangunanArticle838832