Azman, A.RA.RAzmanIrwan, M.SM.SIrwanMahazan, A.MA.MMahazanWan Mohd. Fazrul Azdi, W. RW. RWan Mohd. Fazrul AzdiNuradli Ridzwan Shah, M.DM.DNuradli Ridzwan ShahRose Irnawaty, IbrahimIbrahimRose IrnawatyNorlina Ismail2024-05-292024-05-292015Ab. Rahman, A., Mohd Subri, I., Abdul Mutalib @ Taib, M., Wan Razali, W. M. F. A., Mohd Dali, N. R. S., Ibrahim, R. I., & Ismail, N. (2018). Indeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 6(1), 39–63. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol6no1.720127-888610.33102/jfatwa.vol6no1.72https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/72/53https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13705Journal of Fatwa Management and Research Volume 6 No.1 Page (39-63)Statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan peningkatan kadar pemelukan agama Islam seramai 76, 663 orang di antara tahun 2002 sehingga tahun 2009, sekaligus membuktikan penerimaan yang baik terhadap agama Islam daripada golongan bukan Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini secara urufnya digelar sebagai mualaf dan mempunyai hak dalam saham zakat. Namun, persoalan timbul berkaitan penentuan had tempoh panggilan mualaf yang tidak seragam antara negeri di Malaysia khususnya dari sudut kerelevanan panggilan mualaf yang masih digunakan kepada golongan mualaf yang sudah puluhan tahun memeluk agama Islam. Perbezaan had tempoh panggilan mualaf turut memberi impak kepada agihan zakat kepada mualaf. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti had tempoh mualaf yang ditetapkan oleh negeri-negeri di Malaysia seterusnya menganalisis dan mengenal pasti indeks pengukuran bagi penentuan had tempoh mualaf yang sesuai diaplikasi di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa tiada keseragaman antara negeri di Malaysia dalam menentukan had tempoh mualaf. Justeru kajian mencadangkan had tempoh sehingga lapan (8) tahun sebagai indeks pengukuran kefahaman, pengukuhan dan kemantapan Islam seseorang mualaf dengan melihat kepada tempoh peralihan seseorang individu itu daripada umur mumayyiz sehingga baligh iaitu satu jangka masa pembelajaran dan pemahaman ilmu agama sebelum ditaklifkan tanggungjawab Islam sepenuhnya ke atas individu tersebut. Penentuan indeks pengukuran had tempoh mualaf di Malaysia penting bagi membezakan mualaf yang benar-benar memahami Islam seterusnya dapat membantu dari sudut keselarasan penyaluran skim bantuan agihan zakat bagi asnaf mualaf.otherMualaf, Indeks Penentuan Had Tempoh, Pengukuran, Zakat, MalaysiaIndeks Pengukuran Penentuan Had Tempoh Mualaf di MalaysiaArticle396361