Rohana ZakariaMohd Asri IshakSharifah Nurhidayah Syed AzizMardhiah YahayaHayati HussinSofea Thanaa’Saibon2024-12-062024-12-0620242024-12-2Rohana Zakaria , Mohd Asri Ishak , Sharifah Nurhidayah Syed Aziz , Mardhiah Yahaya , Hayati Hussin & Sofea Thanaa’ Saibon (2024) Tadabbur Al-Quran Melalui Teknologi Maklumat: Satu Kajian Rintis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Islam Selangor. Journal of Advanced Research in Computing and Applications, 35(1), 31–39.2462-19272069-32https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25304https://www.akademiabaru.com/submit/index.php/arca/article/view/5283/4137Journal of Advanced Research in Computing and Applications, Volume 35 Issue 1 Page (31–39)Teknologi maklumat digital telah memberikan impak yang besar kepada kehidupan manusia dalam banyak aspek. Ia berkembang pesat dan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan sehari-hari. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, kajian rintis ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kebolehpercayaan instrumen bagi mengukur penggunaan teknologi maklumat semasa proses mentadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi di Universiti Islam Selangor (UIS). Memandangkan pelajar universiti adalah bakal modal insan negara dan penyambung generasi ummat Islam terdahulu, maka perlu kepada tadabbur dan penghayatan alQuran yang sebenar menurut acuan al-Quran dan sunnah. Kajian ini berdasarkan kepada reka bentuk kajian kuantitatif dan kaedah yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata dengan saiz sampel 35 orang pelajar Islam dari Universiti Islam Selangor (UIS). Instrumen penyelidikan yang digunakan adalah soal selidik. Penggunaan soal selidik digital iaitu “google form” membolehkan data dikumpul dan dianalisis dengan mudah dan cepat. Penelitian ke atas kajian-kajian lepas dilakukan bagi membina instrumen dalam kajian ini. Nilai pekali cronbach alpha bagi tadabbur alQuran dan teknologi maklumat adalah 0.90 iaitu pada nilai yang sangat tinggi. Dengan itu, kebolehpercayaan pemboleh ubah bagi instrumen ini boleh diterima. Data kajian dianalisis dengan menggunakan IBM “Statistical Package of Social Science” (SPSS) versi 29 untuk menilai kekerapan, peratusan dan purata. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa amalan mentadabbur al-Quran menggunakan teknologi maklumat dalam kalangan pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Maka melalui teknologi berasaskan pembelajaran digital ini mampu menjadikan pembelajaran alQuran mahupun tugasan harian lebih personal dan efektif. Namun matlamat dan objektif memerlukan kepada penambahbaikan agar dapat membantu proses tadabbur al-Quran lebih bersistematik seterusnya mencapai matlamat dan hasil tadabbur.msTeknologi maklumatkomunikasi (ICT)tadabbur al-QuranTadabbur Al-Quran Melalui Teknologi Maklumat: Satu Kajian Rintis Dalam Kalangan Pelajar Universiti Islam SelangorTadabbur Al-Quran Through Information Technology: A Pilot Study Among Selangor Islamic University Studentstext::journal::journal article::research article3139351