Mohd Mahyeddin Mohd SallehMohd Anuar MamatMustafa Afifi Ab HalimMohammad Najib JaffarNurdeng Deuraseh2024-05-292024-05-292024Mohd Salleh, M. M., Mamat, M. A., Ab.Halim, M. ‘Afifi, Jaffar, M. N., & Deuraseh, N. (2024). Analisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan Zoologi: Analysis of the Listing of Animals Through the Book of Matla’ al-Badrain by Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani According to Halal and Zoological Perspectives. Journal of Fatwa Management and Research, 29(1), 63–87. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no1.5640127-888610.33102/jfatwa.vol29no1.564https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/564/506https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13687Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa) Volume 29 No.1 Page (63-87)Salah satu sumber rujukan untuk mengetahui status halal haram haiwan adalah kitab Matla’ al-Badrain yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani. Karya ini mengandungi pengelasan haiwan halal dan haram mengikut spesis hidupan yang biasa ditemui di tanah Melayu dan tanah Arab. Bagaimanapun, masih terdapat beberapa nama haiwan yang kurang jelas maksudnya serta memerlukan kepada kajian terperinci. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nama-nama haiwan, menganalisis kaedah pengelasan haiwan halal haram yang terdapat dalam karya Matla’ al-Badrain, dan menghubungkaitkan dengan penamaan zoologi yang bersesuaian. Metodologi kajian berbentuk kualititaf menerusi kaedah kutipan data secara analisis tekstual terhadap nama-nama spesis haiwan yang dinyatakan dalam karya tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat tiga bentuk pengelasan haiwan di dalam Matla’ al-Badrain iaitu haiwan laut, hidupan darat dan haiwan kacukan antara haiwan yang halal dan haram dimakan. Jumlah keseluruhan jenis haiwan yang disebutkan adalah sebanyak 80 spesis. Terdapat tiga bentuk penerangan spesis haiwan yang digunakan iaitu; 1) nama haiwan jelas maksudnya dalam Bahasa Melayu, 2) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang disertai penterjemahan, 3) nama haiwan dalam Bahasa Arab yang tiada penterjemahan. Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan untuk menyesuaikannya dengan istilah yang dapat difahami oleh masyarakat moden.otherhalal, haram, Matla'al-Badrain, Haiwan, Syeikh Muhammad Islamil Daud al-FathaniAnalisis Penyenaraian Haiwan Menerusi Kitab Matla’ al-Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani Menurut Perspektif Halal dan ZoologiAnalysis of the Listing of Animals Through the Book of Matla' al-Badrain by Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani According to Halal and Zoological PerspectivesArticle6387291