Abd. Hakim Mohad2024-05-282024-05-2820051823-6898https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3381https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6679Volume: 3Perkataan 'Murut' di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau di tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Du?un. Sebagaimana masyarakat atau etnik Du?un di Sabah, suku kaum ini juga mendapat gelaran atau nama daripada pendatang luar. Mengikut Pollardl , istilah Murut berasal daripada akar kata 'purut' iaitu 'berian '2. Namun ada juga pengkaji yang mengatakan bahawa perkataan 'purut' itu diperolehi daripada perkataan 'burut' iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan berubi yang menjadi kegemaran masyarakat ini. Sebelum wujudnya nama 'Murut' ini, suku etnik ini dikenali dengan pelbagai nama mengikut alam sekeliling tempat mereka menghuni. Contohnya, Prentice (1965: 27) menggelarkan suku kaum ini sebagai 'hill people' atau orang bukit, justeru mereka mendiami kawasan-kawasan lereng dan perbukitan. Whelan (1970:44) pula menggelarkan mereka sebagai man ofwoodkerana lokasi petempatan mereka ialah kawasan hutan rimba. Walau apapun gelaran yang diberikan, kini masyarakat yang dimaksudkan ini memiliki satu nama yang dikenali sebagai suku kaum Murut. Golongan ini menghuni di tiga kawasan utama di Bahagian Pedalaman (Barat Daya Sabah) iaitu Tenom, Keningau dan Pensiangan.otherMurut, Adat Perkahwinan Murut, Tajau, BerianTajau Dan Peranannya Dalam Budaya Masyarakat Murut Di Tenom, Sabah.Article61693