Azhar, A.A.AzharHussain, M. A.M. A.HussainMd. Nor, M. Z.M. Z.Md. NorOthman, M. K.M. K.Othman2024-05-302024-05-3020171675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/40https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16154Objektif penyelidikan fatwa sebenarnya wujud perkaitan yang rapat dengan objektif syariah (maqasid al-syariah) itu sendiri. Masyarakat kini berhadapan dengan pelbagai permasalahan baru, kesan daripada perubahan corak kehidupan dan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat, sekaligus lahir satu era yang dikenali era siber. Untuk mengatasi segala permasalahan hidup umat manusia millenium baharu ini, institusi fatwa perlu melakukan istinbat hukum melalui penyelidikan fatwa dalam kerangka maqasid al-syariah secara sistematik dan berkesan. Di atas asas inilah fuqaha atau penyelidik Syariah melakukan usaha-usaha penyelidikan fatwa dengan efisien dan efektif. Mereka berijtihad dalam memahami nas-nas al-Quran dan sunah serta mencari pendekatan kepada kaedah umum untuk direalisasikan pada kes-kes yang lebih khusus. Oleh yang demikian kerangka terpenting sebagai pemangkin keberkesanan penyelidikan fatwa ialah pemahaman fuqaha terhadap nas-nas dan juga realiti semasa. Kajian menggarapkan tiga kaedah utama iaitu, analisis kandungan yang meneliti kerangka epistemologi fatwa dan ijtihad dalam Islam (persoalan sumber, sifat sesuatu 48 Vol.20 (April) 2017 ilmu dan neraca penilaian) yang digunakan seseorang sarjana/penulis syariah; kaedah pensejarahan dan perbandingan yang meneliti sejarah pembinaan hukum Islam dan kaedah penelitian sosiologi yang meneliti latar belakang masyarakat seperti aspek sosio-politik, struktur, ekonomi dan institusi tertentu (seperti institusi fatwa) yang mempengaruhi penghasilan peraturan.othermaqasid al-syariahfiqh maqasidifatwaistinbatpenyelidikan hukumPenyelidikan Fatwa Dalam Kerangka Maqasid Al-Syariah : Satu Tinjauan[Fatawa Research In The Framework Of The Maqasid Al-Sharia: An Overview]Article476520