Rabiatul Syuhada AbdullahSiti Nur Diana AbdChristina Sim Pei Pei2024-09-042024-09-042024Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22332E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & ManagementKajian ini bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak Bajau Laut mempelajari huruf Al-Quran Rasm Uthmani iaitu huruf Sin ( س). Bahan bantu mengajar “OngCard Sin” digunakan untuk memperkenalkan huruf Sin ( س). Penggunaan “OngCard Sin” ini membantu kanak-kanak Bajau Laut mengecam bentuk huruf Sin ( س). Selain itu, huruf Sin ( س) juga diperkenalkan melalui kaedah nyanyian “Sialinu” agar kanak-kanak Bajau Laut dapat menyebut huruf Sin ( س) dengan tepat, jelas dan betul. Kaedah ini turut memudahkan guru pelatih dan kanak-kanak Bajau Laut berkomunikasi sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan. Pendekatan kualitatif dan bentuk kajian tindakan dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Persampelan bertujuan dipilih sebagai peserta kajian kerana sasaran utama adalah golongan kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dalam program Madrasah Terapung. Seramai lapan (8) orang kanak-kanak Bajau Laut dipilih yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan enam (6) orang perempuan. Kaedah temubual dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data kajian. Protokol temubual dan borang catatan pemerhatian digunakan sebagai instrument dalam pengumpulan data. Hasil pemerhatian dan temubual yang dijalankan, kanak-kanak Bajau Laut sangat tertarik untuk belajar huruf Al-Quran sepanjang tempoh pembelajaran dan berjaya menguasai huruf Sin ( س) dari aspek mengenal pasti, mengecam, mengingat serta menyebut dengan tepat, jelas dan betul. Kajian ini berharap agar bahan bantu mengajar “OngCard Sin” dan nyanyian “Sialinu” dapat diaplikasikan dalam teknologi sebagai satu bentuk pendekatan pembelajaran abad ke-21 kepada kanak-kanak Bajau Laut.mshuruf sin ( س)bajau lauthuruf al- QuranlaguinovasiMengkaji Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar Bersifat Kontekstual Dengan Menggunakan Ongcard Sin Terhadap Kanak-Kanak Bajau Lauttext::conference output::conference proceedings::conference paper