Sitti Azura binti NoorunNurhaini binti JohnnySyed Najihuddin Syed Hassan2024-05-302024-05-302024Syed Hassan, S. N., Hamisan@Khair, N. S., Zulkiply, S. R. I., & Mohamad Zainuzi, I. H. (Eds.). (2024). In E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024) (pp. 1–1203). Penerbit USIM.e-ISBN: 978-629-7636-32-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17726E-Prosiding Seminar Kearifan Nusantara Kali Ke-5 (2024): “Memartabatkan Masyarakat Madani Nusantara Berlandaskan Kearifan Al-Quran Dan Sunnah” / Penyunting: Syed Najihuddin Syed Hassan, Nur Saadah Hamisan@Khair, Shah Rizul Izyan Zulkiply, Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi 20-23 Januari 2024 / 8-11 Rejab 1445H Penganjur: Fakulti Pengajian Quran and Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) & Muzium Manuskrip al-Quran Narathiwat ThailandIbnu Kathir, melalui karyanya yang terkenal, "Al-Sīrah al-Nabawiyyah" atau "Al-Bidāyah wa'l-Nihāyah," memberikan sumbangan penting melalui manhaj atau metodologi penulisan Sirah Nabawiyyah. Walaupun pentingnya sumbangan Ibn Kathir diiktiraf, terdapat jarak pengetahuan dan pemahaman berkenaan metodologi khusus yang beliau gunakan dan elemen-elemen unik yang diperkenalkannya dalam penulisan Sīrah Nabawiyyah. Kertas ini di ajukan bagi mengenalpasti sumbangan melalui metodologi atau manhaj penulisan Ibnu Kathir dalam menyampaikan kisah hidup Nabi secara menyeluruh. Melalui metodologi kajian yang berbentuk kulitatif dengan berfokus kepada pengeksplorasian kutipan langsung dari karya-karya Ibn Kathir, iaitu kitab "Al-Sīrah al-Nabawiyyah" dan kitab "Al-Bidāyah wa'l-Nihāyah. Metodologi ini dihubungkan dengan kerangka konseptual penelitian,yang menekankan pentingnya memahami pengaruh Ibn Kathir dalam konteks literatur Sīrah Nabawiyyah. Hasil analisis kajian ini adalah, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang sumbangan Ibnu Kathir dalam penulisan Sirah Nabawiyyah. Antaranya ialah memberi perhatian teliti kepada butiran kehidupan Nabi Muhammad SAW dan menekankan penggunaan sumber-sumber utama seperti Al-Quran dan Hadis dalam menyusun naratif kehidupan Nabi Muhammad. Melalui pendekatan doktrin dan analisis terhadap karya-karya Ibn Kathir, penelitian ini berharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana Ibn Kathir memengaruhi alur narasi dan struktur dalam Sīrah Nabawiyyah. Dengan mengidentifikasi elemen khas dalam metodologi penulisannya, penelitian ini dapat memberikan wawasan berharga sebagai warisan intelektual Ibn Kathir pada tradisi penulisan Sīrah. Kesimpulannya, penelitian ini diharapkan dapat mengisi celah pengetahuan yang ada dan memberikan kontribusi positif terhadap pemahaman literatur sejarah Islam, khususnya dalam konteks Sīrah Nabawiyyah.other: Ibn Kathir, Metodologi, Manhaj, SīrahSumbangan Ibnu Kathir dalam Manhaj Penulisan Kitab Sirah NabawiyyahArticle226235