Noor Hafizah AngguRidduan NapingSuhaizad Saifuddin2026-01-062026-01-062025Noor Hafizah Anggu, Suhaizad Saifuddin, Ridduan Naping. (2025).Kepentingan Keterangan Lisan Saksi dalam Proses Perbicaraan Mahkamah Syariah: Analisis Kes dan Pengaplikasian Undang-Undang. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 429-445. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/215https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/215https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28381Penulisan ini meneliti kepentingan keterangan lisan saksi dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah dengan memberi tumpuan kepada dua kategori saksi iaitu saksi tohmah yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan saksi bukan Islam. Isu utama yang lazim berlaku di Mahkamah Syariah ialah kesukaran pihak-pihak untuk mengemukakan saksi yang memenuhi tahap syahadah sebagaimana ditetapkan oleh hukum syarak sehinggakan wujud keperluan untuk mengkaji penerimaan keterangan lisan bayyinah sebagai alternatif bagi menjamin kelancaran proses keadilan. Objektif utama penulisan ini adalah untuk menganalisis pendekatan dan pertimbangan Mahkamah Syariah dalam menerima keterangan daripada kategori saksi ini ekoran kebolehterimaan kesaksian mereka sering dipersoalkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sekaligus mengenal pasti prinsip perundangan yang diaplikasikan oleh mahkamah. Penulisan ini bersifat kualitatif dengan meneliti sumber-sumber perundangan Islam termasuk analisis kes berkaitan penerimaan keterangan lisan saksi tohmah dan saksi bukan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah secara berhati-hati menilai setiap kes berdasarkan prinsip keadilan dan maslahah serta terdapat ruang fleksibiliti dalam penerimaan keterangan bayyinah apabila saksi yang memenuhi syarat syahadah tidak dapat dikemukakan. Kajian ini mencadangkan agar pindaan undang-undang dilakukan, peranan lebih proaktif daripada pengamal undang-undang syariah dalam menilai dan memilih saksi, pemerkasaan masyarakat melalui program pendidikan dan kesedaran untuk menghapuskan stigma salah dan pengekalan kuasa budi bicara hakim bicara membuat keputusan penerimaan keterangan daripada saksi tohmah dan saksi bukan Islam. Kesimpulannya, penulisan ini menegaskan bahawa Mahkamah Syariah beradaptasi dengan perubahan sosial semasa dan sama sekali tidak mendiskriminasi mana-mana saksi atas faktor kekeluargaan atau agama.msOral testimonywitness evidencetainted witnessnon-Muslim witnessbayyinahKeterangan lisankesaksiansaksi tohmahsaksi bukan IslamKepentingan Keterangan Lisan Saksi dalam Proses Perbicaraan Mahkamah SyariahThe Importance of Oral Testimony of Witnesses in the Syariah Court Trial Process: Case Analysis and Legal Applicationtext::conference output::conference proceedings::conference paper429445