Norfarhana Ahmad GhafarHishomudin AhmadNorzulaili Mohd GhazaliRobiatul Adawiyah Mohd @ AmatNik Farhan Mustafa2024-05-272024-05-2720162289-9944https://al-qanatir.com/aq/article/view/39/35https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/3670Volume :4 No: 2Dalam ilmu linguistik moden, Teori Medan Makna diperkenalkan oleh Jost Trier pada 1930-an seterusnya berkembang dalam kalangan sarjana Barat yang lain. Ia melibatkan pengkategorian perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama dalam satu kumpulan. Namun, sumbangan sarjana Islam kurang diketengahkan dalam perbincangan teori ini berbanding dengan ilmuan Barat. Artikel ini membincangkan sumbangan para sarjana Islam terhadap teori ini secara kronologi sehingga awal abad ke-21. Kaedah Systematic Literature Review (SLR) digunapakai dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa sarjana Islam telah mempelopori teori ini secara tidak langsung lebih awal daripada sarjana Barat, bahkan penggunaannya telah luas dalam kalangan mereka. Perkembangan Teori Medan Makna dalam kalangan sarjana Islam boleh dibahagikan kepada empat fasa utama, iaitu : penulisan persuratan (al-rasail), penulisan kamus berdasarkan tema-tema tertentu, kajian pensejarahan, dan aplikasi teori dalam kajian al-Quran dan Hadis. Perkembangan kajian sarjana Islam dalam keempat-empat fasa ini bertujuan untuk menjaga kelangsungan dan kelestarian bahasa sekaligus mengukuhkan bidang perkamusan, dan membudayakan penggunaan bahasa yang tepat dalam kalangan penyair dan penulis, serta penutur bukan asli. Teori ini juga telah mula diaplikasikan pada teks al-Quran dan Hadis untuk meningkatkan kefahaman terhadap kedua-dua sumber tersebut. Ini membuktikan bahawa sarjana Islam mempunyai sumbangan dan perkembangan teori ini.en-USLinguistik, semantik, teori medan makna, sarjana Islam, hubungan antara perkataanKajian Teori Medan Makna Dalam Kalangan Sarjana-sarjana IslamArticle243642