Wan Mohd Fazrul Azdi Wan RazaliMastura Haji Abd Wahab2024-05-302024-05-302020-11-04eISBN 978-9674408428https://drive.google.com/file/d/1UeDLxHuzOc8eJ8ZVEJUgI-63YO-gukhM/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17969E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020. Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri AhmadIlmu metafizik adalah salah satu cabang ilmu falsafah yang membincangkan mengenai perkara-perkara yang melangkaui alam fizik. Menurut Aristotle, ilmu metafizik adalah ilmu yang membahaskan tentang hakikat segala sesuatu perkara atau benda. Tajuk-tajuk berkaitan dengan tuhan dan agama ada dibincangkan dalam disiplin ilmu metafizik yang menggunakan logik akal dalam menanggapi setiap persoalannya. Pada tahun 2018, Stephen Hawking (1942-2018), seorang ahli falsafah fizik, matematik dan kosmologi yang terkenal daripada Universiti Cambridge, telah menerbitkan sebuah buku berjudul Brief Answers to the Big Questions. Dalam bukunya ini, Hawking menampilkan beberapa pendapat metafiziknya mengenai Tuhan dan agama seperti berikut: Tuhan itu tidak wujud, tiada sesuatu pun yang mencipta alam semesta, tiada sesuatu pun yang menentukan takdir manusia, kehidupan selepas mati tidak wujud, begitu juga tiadanya konsep syurga dan neraka. Buku Brief Answers to the Big Questions adalah sebuah buku yang membahaskan pelbagai persoalan campuran mengenai fizik dan metafizik. Buku ini membincangkan tentang konsep ketuhanan, agama, proses kejadian alam semesta dan banyak lagi. Oleh itu, makalah ini menganalisis perbahasan mengenai konsep Tuhan dan agama menurut Hawking daripada bab satu: Is There a God? dalam bukunya ini. Hasilnya, didapati bahawa Hawking menggunakan logik dan spekulasi akalnya untuk menolak kewujudan dan peranan Tuhan dalam penciptaan serta penguasaanNya ke atas setiap kejadian dan perjalanan alam. Manakala konsep agama pula ditanggapi Hawking sebagai sebuah ideologi yang dianuti oleh orang yang tidak memahami sains dan jahilkan ketinggian ilmu sains dalam menjelaskan semua fenomena yang berlaku dalam alam ini. Dapat dikatakan di sini, Hawking merupakan seorang ateis yang menganut fahaman naturalisme saintifik (scientific naturalism) yang menolak pembuktian berkaitan agama dan tuhan melainkan dengan bukti empirikal dan rasionalisme sahaja. Kesemua perbahasan yang dikemukakan oleh Hawking dalam bukunya ini telah dianalisis dari perspektif Islam dan disertakan dengan shawāhid atau justifikasi-justifikasi daripada ayat-ayat al-Quran, hadishadis Rasulullah saw dan pandangan para ulama dan ahli falsafah Islam muktabar.otherKonsep Tuhan dan Agama, Falsafah Islam, Stephen Hawking, Brief Answers to the Big QuestionsKonsep Tuhan Dan Agama Dalam Metafizik Stephen Hawking (1942-2018) Menerusi Brief Answers to The Big Questions: Suatu Analisis Dari Perspektif IslamArticle195207