Mohd Zaliridzal ZakariaDini Farhana Baharudin2024-05-282024-05-282011https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4822Penyelidikan secara kualitatif ini dijalankan untuk mengkaji keperluan dalam meningkatkan kesediaan kaunselor di Malaysia menghadapi isu-isu berkaitan dengan seks siber. Ia juga cuba meninjau bagaimana kaunselor di Malaysia menilai dan seterusnya menghadapi cabaran yang timbul berkaitan dengan isu seks siber dalam amalan harian mereka. Dapatan kajian boleh digunakan sebagai panduan dalam mengukuh dan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kaunseling khususnya untuk memberikan rawatan terhadap kes seks siber. Dalam kajian ini, temubual secara individu dilaksanakan kepada kaunselor-kaunselor yang dikenalpasti bagi mengumpulkan kaedah rawatan seks siber yang sesuai yang diamalkan. Kaedah-kaedah yang diamalkan ini boleh menjadi landasan dan kerangka rujukan dalam membangunkan satu modul khusus yang dapat dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan profesionalisme dan kemahiran kaunselor yang mungkin berhadapan dengan klien yang terlibat dengan aktiviti seks siber.en-USRawatan Ketagihan Seks Siber: Keperluan Latihan Kaunselor Perspektif MalaysiaCybersex Addiction Treatment: A Malaysian Perspective On The Needs For Counselors TrainingArticle115