Nur Saadah bt Hamisan2024-05-302024-05-3020191675-5936http://uijournal.usim.edu.my/index.php/uij/article/view/109https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16169Buku yang berjudul Al-Muhaddithat: The Women Scholars in Islam aditulis oleh Mohammad Akram Nadwi, dan telah diterbitkan oleh Interface Publications Ltd. pada tahun 2007. Ia adalah hasil kajian selama lebih daripada 15 tahun untuk menghasilkan 40 jilid kamus biografi ulama wanita hadis Nabi yang ditulis dalam bahasa Arab, dan buku ini merupakan pengenalan awal kepada kamus tersebut yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Hal ini dijelaskan di dalam pra kata buku sebagai pengenalan kepada tujuan buku ini ditulis. Ia mengandungi sepuluh bab. Dimulai dengan “Pendahuluan” sebelum bab pertama, dan diakhiri dengan “Rujukan” dan “Indeks”. Setiap bab dilengkapi dengan nota kaki, dan senarai rujukannya terdiri daripada sumber klasik (turāth) dan manuskrip Arab yang disusun mengikut abjad. Biarpun buku ini merupakan mukaddimah kepada siri buku yang lebih luas, ia merupakan usaha yang sangat besar dan telah pun mendapat respon yang sangat positif dalam kalangan pembaca. Ia wajar dijadikan bacaan wajib oleh para akademik dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam bidang hadis, tetapi ia juga tidak begitu berat untuk dijadikan bacaan umum untuk orang awam yang berminat untuk mendalami budaya ilmu yang telah dipraktikkan oleh para wanita yang bergelar al-muḥaddithāt.Al-Muhaddithat: The Women Scholars In IslamArticle677527