Zaida Nor ZainudinSiti Aishah HassanNor Aniza AhmadYusni Mohamad YusopWan Norhayati Wan Othman2024-05-302024-05-302021eISBN: 9789674408855https://drive.google.com/file/d/1EP06vRgMNMfHQIA4CB2hAZrr4AIhvfnn/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18174Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam MalaysiaPengenalan- Memandangkan kemampuan internet mewujudkan prasarana yang sesuai untuk membina hubungan, pengamal kaunseling telah mengambil inisiatif memaksimumkan ruang internet ini. Satu perkhidmatan alternatif menolong melalui interaksi maya ini diwujudkan. EKaunseling telah mula mendapat perhatian kaunselor sebagai satu perkhidmatan alternatif yang ditawarkan kepada klien. Objektif – Kajian ini bertujuan untuk meneroka sejauh mana keberkesanan perkhidmatan EKaunseling terhadap jantina. Methodologi – Kajian eksperimental-kuasi ini menggunakan reka bentuk Kumpulan Kawalan Ujian Pra Dan Ujian Pasca. Data kuantitatif diperolehi menggunakan soal selidik Client’s Satisfaction Inventory Short-Form (CSI-SF). Seramai 60 subjek kajian terlibat dan dijalankan dalam dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan menggunakan kaedah Kaunseling Bersemuka dan kumpulan eksperimen pula menggunakan kaedah E-Kaunseling. Dapatan – Dapatan menunjukkan tiada perbezaan antara jantina dan Kepuasan Klien dalam kedua-dua kaedah dan hasil analisis Anova Dua Hala menunjukkan tiada perbezaan utama (main interaction) antara Jantina dan Kepuasan klien. Hasil analisis lanjut menggunakan Anova Sehala menunjukkan kesan interaksi (interaction effect) bahawa klien lelaki mendapat lebih kepuasan dalam kaedah E-kaunseling manakala klien perempuan mendapat lebih kepuasan dalam kaedah Kaunseling bersemuka. Kepentingan – Implikasi kajian ialah kepada kaunselor sekolah dalam menawarkan perkhidmatan e-kaunseling bagi membantu pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan kaunseling di luar waktu persekolahan.otherE-kaunseling, jantina, kaunseling bersemuka, kepuasan klienHubungan Jantina Dan Kepuasan Klien Dalam Kaedah Kaunseling Bersemuka Dan E-KaunselingArticle774783