Muhammad Hafiz Asyraaf bin Mohd NazriLuqman Nurhakim bin Mohd Sukri2024-05-302024-05-302023-01-28Yabi, S., Saidin, M., & Daud , Z. (Eds.). (2023). In E- Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (ARIF 2023). Penerbit USIM. https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/e-ISBN: 9786297534374https://fpqs.usim.edu.my/ms/e-proceeding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17611E-Prosiding Kertas Kerja: Konvensyen Kearifan Nusantara Ke-4 (Arif 2023): “Memartabatkan Kearifan Islam & Nusantara” Disunting oleh: Dr Shumsudin Yabi, Dr Maisarah Saidin, Dr Zainora Daud Anjuran : Fakulti Pengajian Quran & Sunnah & Madrasah Ahmadiah Islamiah, Narathiwat, Thailand 28 Januari 2023Al-Quran bukanlah buku sejarah meskipun ia mengandungi kemukjizatan sejarah. Al-Quran menggunakan kisah sejarah yang benar untuk membenihkan hidayah kepada manusia hingga Hari Kiamat. Kisah Nabi Ibrahim di dalam al-Quran tidak disatukan dalam satu tempat. Sususan kisah dalam al-Quran bukan mengikut kronologi tetapi berdasarkan topik tertentu yang mahu disampaikan oleh Allah SWT. Al-Quran memaparkan ikon yang hebat untuk diteladani seperti Nabi Ibrahim. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat al-Quran di dalam Surah al-Baqarah yang menceritakan tentang Nabi Ibrahim menghadapi seorang raja kafir yang bernama Namrud. Metode kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif penelitian pustaka dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Hasil kajian mendapati rejim raja kafir tidak pernah berjaya mengapa-apakan Nabi Ibrahim AS. Ianya dibuktikan dengan paparan kisah Baginda AS dalam Surah al-Baqarah iaitu kebijaksanaan hujah Baginda berdialog dengan Raja Namrud dan keberanian Baginda mencabar ketuhanan Raja Namrud. Kesimpulannya, penulis berharap penulisan ini dapat meluaskan pengetahuan masyarakat tentang keutuhan jati diri Nabi Ibrahim AS dalam mempertahankan akidah dan dakwah kepada Raja Namrud.otherAl-Quran, Nabi Ibrahim AS, Raja Namrud.Konsep Tadabbur Al-Quran: Analisis Kisah Nabi Ibrahim A.S. terhadap Raja NamrudArticle4634702