Fuadah JohariHydzulkifli Haji HashimNur Atika Atan2024-05-282024-05-2820202672-7471http://journal.zakatkedah.com.my/wp-content/uploads/2020/09/Vol2_2_1-13-.pdfhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4975Volume: 2 Issues: 2Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan al-Tawriq yang telah dilaksanakan di Malaysia. Penyelidikan ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan sesi temubual dengan wakil dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mengenai pelaksanaan al Tawriq di negeri tersebut. Hasil temubual mendapati bahawa MAINPP telah melaksanakan kaedah al-Tawriq di salah satu projek perumahan mereka yang merupakan projek pembangunan perumahan kos rendah di Butterworth, Pulau Pinang. Amalan al-Tawriq bagi pelaksanaan projek tersebut adalah selari dengan model yang dicadangkan iaitu dengan menjual aset wakaf yang telah dibangunkan menjadi perumahan kos rendah untuk menghasilkan tunai bagi membangunkan projek wakaf yang lain. Keberkesanan penyelidikan ini terletak kepada konsep al-Tawriq sebagai penyelesaian alternatif kepada pembangunan aset-aset wakaf di Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti aset wakaf dengan mewujudkan kecairan tunai sebagai sumber dana baharu kepada perbelanjaan penyelenggaraan ataupun pembangunan wakaf. Model al - Tawriq ini didapati mempunyai keupayaan sebagai dimensi dan inovasi baru ke atas amalan wakaf memastikan aset wakaf menjadi lebih produktif, dapat dimanfaatkan oleh penerima manfaat, dan jariah pahalanya boleh berjalan, berterusan dan memberi impak yang positif kepada sektor ekonomi ketiga (Ekonomi Ijtima'i) dan meningkatkan pembangunan Ummah.otheral-Tawriq, Kecairan aset wakaf, Wakaf komersial.Pelaksanaan Al-Tawriq (kaedah Kecairan) Ke Atas Tanah Komersial Wakaf: Kajian Kes Di Pulau PinangImplementation of Al-Tawriq (Method of Liquidity) on Wakaf Commercial Land: Case Study In PenangArticle11322