Khairulnazrin NasirAbdul Mu'iz HazbanRahim Kamarul ZamanIkmal AdnanKhalilullah Amin Ahmad2025-12-222025-12-222025Khairulnazrin Nasir, Abdul Mu'iz Hazban, Rahim Kamarul Zaman ,Ikmal Adnan, Khalilullah Amin Ahmad. (2025). Fenomena Ramalan dalam Siri Animasi The Simpsons: Analisis antara Satira Fiksyen dan Perspektif Wahyu. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 189–200. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28326International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Siri animasi The Simpsons telah mencapai status ikonik dalam budaya popular global, namun kemasyhurannya turut dicemari oleh fenomena “ramalan” yang didakwa meneka pelbagai peristiwa dunia dengan tepat. Fenomena ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi, daripada kebetulan statistik sehinggalah kepada teori konspirasi, sekali gus menimbulkan persoalan akidah yang serius bagi masyarakat Islam. Artikel ini bertujuan untuk mendekonstruksi mitos “ramalan” The Simpsons melalui analisis mekanisme fiksyen, satira sosial, dan kebarangkalian statistik yang mendasarinya. Di samping itu, kajian ini melakukan analisis teologi yang mendalam dari perspektif al-Quran, al-Sunnah dan pandangan ulama mengenai konsep ilmu ghaib (‘ilm al-ghayb) dan larangan amalan menilik nasib (kahanah). Metodologi kajian ini adalah analisis kandungan kualitatif terhadap teks-teks al-Quran dan hadith serta sumber-sumber sekunder berkaitan kajian media. Dapatan kajian menunjukkan bahawa “ramalan” tersebut bukanlah manifestasi kuasa ghaib, tetapi hasil sampingan daripada jangka hayat siri yang panjang, jumlah jenaka yang besar, satira yang tajam terhadap trend semasa dan bias kognitif penonton. Dari sudut pandang akidah Islam, kepercayaan terhadap ramalan ini sebagai pengetahuan sahih tentang masa depan adalah satu bentuk khurafat moden yang bercanggah secara langsung dengan prinsip tauhid, iaitu pengkhususan ilmu ghaib mutlak bagi Allah SWT. Kesimpulannya, fenomena ini menuntut umat Islam agar mengamalkan pemikiran kritis terhadap media dan berpegang teguh pada batasan akidah yang telah ditetapkan.msAkidah Islam‘Ilm al-GhaybKajian MediaRamalanThe SimpsonsIslamic CreedMedia StudiesProphecyFenomena Ramalan dalam Siri Animasi The Simpsons: Analisis antara Satira Fiksyen dan Perspektif Wahyutext::conference output::conference proceedings::conference paper189200