Hayati HussinAbdul Rahim AhmadMuhammad Hafiz Saleh2024-05-302024-05-302019-10-08978-967-440-682-0https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16758THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILIZATION (SWAT) 2019/ EDITED BY : DR. NURULWAHIDAH FAUZI DR. SAMER NAJEH ABDULLAH SAMARH DR. MESBAHUL HOQUE DR. TAZUL ISLAM “AL QURAN RAHMATAN LIL A’LAMIN: VISION AND CHALLENGES” 8th – 9th October 2019 / 9 – 10 Safar 1441H Hosted By : Faculty Of Quranic And Sunnah Studies, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)Manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia memaparkan kewibawaan, kecekalan serta kerajinan seorang ulama Nusantara di peringkat dunia. Analisis dari aspek bahasa yang dibuat dalam kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur kewibawaan al-Tarmasiy dalam penulisan bahasa arab beliau. Bagi seseorang ilmuan yang membesar di Nusantara dan hanya mendapat pendedahan tentang penghasilan karya dalam bahasa arab ketika usianya menginjak dewasa, adalah menjadi tanda tanya perihal kewibawaan bahasa penulisannya. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kualitatif. Penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrumen utama. Pengumpulan data dalam bentuk perkataan dianalisis secara induktif. Fokus dibuat kepada makna yang dikandunginya serta dijelaskan ketika berlaku kesamaran. Penyelidikan kualitatif sebegini menghasilkan dapatan yang bukan melalui prosedur statistik atau lain-lain bentuk pengiraan. Hasilnya didapati bahawa al-Tarmasiy menguasai ilmu bahasa arab serta dapat menerapkan pengetahuannya itu dengan baik. Walaupun terdapat beberapa kesalahan bahasa di sepanjang halaman-halaman manuskripnya, ia tidaklah banyak. Malahan ia adalah kesalahan biasa bagi mana-mana penulis Nusantara ketika berkarya dalam bahasa arab. Implikasi di sebalik kekurangan ini adalah ia berupaya mengukuhkan bukti manuskrip tersebut adalah buah tangan al-Tarmasiy sendiri. Kajian sebegini juga mampu menonjolkan kehebatan karya-karya ulama Nusantara serta mengangkatnya ke peringkat yang lebih tinggi.otherBahasa arab, al-Tarmasiy, manuskrip, ulama nusantara, qiraat Imam NafiAnalisis Aspek Bahasa dalam Manuskrip Ta'mim al-Manafi' bi Qira’at alImam Nafi'Article540554