Noor Hisham Md Nawi2024-05-312024-05-3120199789675852442https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18241E-Prosiding Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika Dan Turath Islami (i-STET) 2019 “Memartabatkan Turath Islami, Memacu Tamadun Multi Etnik”/ Penyunting : Mohd Azmir Mohd Nizah, Mashitah Sulaiman, Adibah Sulaiman @ Mohamad 19 Oktober 2019 (Pusat Pengajian Teras, USIM) Anjuran : Pusat Pengajian Teras Dengan Kerjasama: Pusat Wakaf dan Zakat, USIM dan Yayasan Taqwa Wilayah PersekutuanNilai adalah sesuatu yang kompleks meskipun ia sangat dekat bahkan tidak boleh dipisahkan dari manusia. Seni pula adalah salah satu nilai yang rumit untuk difahami dan dihayati oleh manusia. Penulisan ini berusaha untuk meneroka persoalan hakikat nilai seni, perlambangan dan peranannya untuk memahami kehidupan manusia dengan lebih baik. Menggunakan metodologi inkuiri falsafah dialektik, penulisan ini cuba meneroka makna seni, maksud perlambangan dalam seni dan fungsi serta peranan seni dalam kehidupan. Untuk menjadikan penulisan ini terarah, perspektif wahyu digunakan sebagai panduan dan lensa penalaran. Antara rumusan yang diperolehi ialah aksiologi seni bukan hanya isu estetika semata bahkan melibatkan persoalan etika. Konsep keindahan tidak boleh dipisahkan dengan aspek nilai baik dan buruk. Kesenian yang benar adalah keindahan yang diciptakan untuk dinikmati secara adil, beradab dan harmoni ; bukan merosakkan. Pembawaaan seni yang tepat mengikut fitrah kejadian manusia adalah satu manifestasi ibadah dan terjemahan keindahanNya yang terpancar pada kejadian dan penciptaan alam yang indah ini. Adalah diakui bahawa rumusan yang dibuat masih jauh dari sempurna dan penambahbaikan dan perbincangan lanjut amat dialu-alukan.otherAksilogi, nilai, perlambangan dan kefungsianAksiologi Seni: Perlambangan Dan Kefungsian Dari Perspektif WahyuArticle1420