Rohana ZakariaMohd Asri IshakSharifah Noorhidayah Syed AzizMardhiah YahayaHayati HussinSofea Thanaa’ Saibon2025-01-052025-01-0520242024-12-31Rohana Zakaria,Mohd Asri Ishak, Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Mardhiah Yahaya, Hayati Hussin, Sofea Thanaa’Saibon. (2024). Masalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA): Problems and Challenges of Tadabbur Al-Qur’an among Ulul Albab Model Tahfiz Students (TMUA). Jurnal Pengajian Islam, 17(2), 102–112. https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.3550127-8002https://doi.org/10.53840/jpi.v17i2.355https://jpi.uis.edu.my/index.php/jpi/article/view/355https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25911Jurnal Pengajian Islam Volume: 17 No:2 (page: 102–112)Tadabbur al-Quran merupakan suatu mekanisme terpenting dalam membangunkan modal insan khususnya dari aspek kerohanian seorang insan, sekali gus menghindarkan dirinya daripada terjebak dengan krisis dan masalah sosial. Justeru, golongan pelajar tahfiz merupakan golongan remaja yang sentiasa mendampingi al-Quran. Namun realiti kini mendapati bahawa pelajar tahfiz lebih menumpukan hafazan berbanding memahami makna ayat yang dihafaz. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) tingkatan empat dan lima di sekolah Menengah Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui edaran soal selidik yang dianalisis secara deskriptif kepada 300 pelajar tingkatan empat dan lima dari lima buah sekolah tersebut telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan min dan peratusan. Data kuantitatif kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienes 29.0 (SPSS 29.0). Hasil kajian mendapati nilai keseluruhan min berada pada tahap sederhana tinggi yang menunjukkan sebahagian pelajar menghadapi masalah dalam mentadabbur dan berinteraksi bersama al-Quran. Hasil kajian mengenalpasti bahawa antara masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah seperti pelajar lebih mengutamakan kelancaran berbanding kefahaman terhadap ayat al-Quran, pelajar memberi seluruh tumpuan terhadap hafazan tanpa tadabbur, pelajar tidak mempunyai waktu yang cukup untuk tadabbur, pelajar tidak mengambil tahu bagaimana cara untuk tadabbur ketika menghafaz al-Quran, pelajar menghafaz al-Quran hanya untuk menepati silibus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, pelajar menghafaz al-Quran tanpa menghayati maknanya, pelajar tidak memahami makna ayat al-Quran yang dihafaz dan guru hanya memberi tumpuan terhadap bacaan dan hafazan sahaja. Oleh yang demikian, para pelajar dan seluruh pihak yang terlibat hendaklah berusaha menangani masalah-masalah yang dihadapi agar dapat membantu para pelajar dalam mentadabbur al-Quran seterusnya dapat merealisasikan matlamat dan objektif pendidikan tahfiz demi melahirkan huffaz yang cemerlang.en-USTadabburMasalah tadabburCabaran tadabburAl-QuranTMUAMasalah dan Cabaran Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)Problems and Challenges of Tadabbur Al-Qur'an among Ulul Albab Model Tahfiz Students (TMUA)text::journal::journal article102112172