Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul RahmanMuhammad Hazim Mohd AzharChe Zarrina Sa'ari2024-05-302024-05-302022Syed Abdul Rahman, S. M. H., Mohd Azhar, M. H., & Sa’ari, C. Z. (2022). Panduan Interaksi Sosial Digital Dalam Media Sosial Berasaskan Komunikasi Nabawi. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 230–239.Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/24eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/24/23https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173128TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesInteraksi sosial konvensional yang dahulunya bersifat fizikal dan hanya dalam lingkungan yang kecil kini meluas dalam penggunaan media sosial alam digital. Pelbagai aplikasi media sosial tidak dinafikan memudahkan urusan kehidupan manusia, namun pada sisi lain turut membawa keghairahanpengguna berinteraksi secara bebas melanggar batas dan memberi mudarat kepada pengguna lain sehingga melahirkan wabak penyakit digital seperti buli siber. Sebagai mana dalam interaksi sosial konvensional, peranan agama juga perlu meresapi dalam interaksi sosial digital dalam media sosial. Nabi Muhammad SAW merupakan komunikator terbaik perlu dijadikan panduan dalam proses interaksi media sosial. Makalah ini membentangkan garis panduan umum interaksi sosial digital terutamanya dalam penggunaan media sosial dengan menjadikan beberapa hadis bertemakan komunikasi Nabawi sebagai sandaran. Penelitian ini menjalani kajian kepustakaan dengan mengaplikasikan metode mawḍū‘īiaitu hadis tematik melalui pengumpulan beberapa hadis terpilih yang berkait dengan topik komunikasi. Panduan umum interaksi sosial digital yang dibina ini bukan sahaja menjadi seperti panduan kebiasaan yang hanya memandang faktor dan implikasi keduniaan semata-mata, bahkan mempunyai nilai kerohanian dengan menjadikan komunikasi Nabawi sebagai sandaran serta mengambil kira saranan agama yang menekankan konsep Hablu min al-Nas. Panduan ini diharap dapat diimplementasikan sebagai pengamalan interaksi sosial bagi pengguna media sosial supaya dapat membentuk ekosistem jaringan sosial yang sihat.otherInteraksi Sosial, Interaksi Digital, Komunikasi Nabawi, Hadis Tematik, Media SosialPanduan Interaksi Sosial Digital Dalam Media Sosial Berasaskan Komunikasi NabawiArticle230239