Rosnia Masruki2025-05-202025-05-202024Rosnia Masruki. (2024). Ke Arah Ketelusan dan Akauntabiliti: Mengintegrasikan Teras Madani dalam Pelaksanaan Ppibzw (Piawaian Perakaunan Islam Bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf). Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains 2024 (SAIS 2024), 613–616. https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/3083-8711https://pkausim.usim.edu.my/sais-2024/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/26807Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2024 (SAIS 2024) Editor: Siti Rubaini Mat (K), Azman Ab Rahman, Rezki Perdani Sawai, Muhammad Nuruddin Sudin, Umi Hamidaton Soffian Lee ,Nur Ilyana Ismarau Tajuddin 26 September 2024 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Sains Islam Malaysia (PKAUSIM),Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Institut Sains Islam (ISI) dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH), USIMBaitulmal, zakat dan wakaf (BZW) merupakan sebahagian instrumen penting dalam ekonomi Islam yang telah lama memainkan peranan signifikan dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, perakaunan dan pelaporan BZW sering berhadapan dengan cabaran ketidakseragaman dan kekurangan ketelusan, yang boleh menjejaskan akauntabiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), yang dipertanggungjawabkan menjaga BZW negeri masing-masing di Malaysia. Dalam usaha untuk menangani isu ini, Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) telah diperkenalkan dan seiring dengan nilai teras MADANI yang mengutamakan kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan. Kertas kerja ini membincangkan isu berkaitan perakaunan dan pelaporan BZW di Malaysia, cabaran utama yang dihadapi, serta bagaimana teras MADANI dan PPIBZW dapat memperkukuh pengurusan MAIN dan ekosistem berkaitan. Menggunakan pendekatan analisis konseptual dan kajian literatur, kajian ini menilai integrasi enam teras MADANI dalam empat fasa pelaksanaan PPIBZW dan potensi manfaatnya untuk memperbaiki pengurusan di MAIN melalui perakaunan dan pelaporan. Dengan pendekatan yang lebih terseragam dan telus, MAIN dapat beroperasi secara lebih efisien dan beretika, memastikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat. Kajian ini turut mencadangakan arah tuju masa depan dalam memperkasakan MAIN melalui penggunaan teknologi, latihan kapasiti, dan penambahbaikan berterusan dalam piawaian perakaunan dan pelaporan.msPiawaian Perakaunan Islam bagi BaitulmalZakat dan Wakaf (PPIBZW)zakatwakafperakaunanMADANI.Ke Arah Ketelusan dan Akauntabiliti: Mengintegrasikan Teras Madani dalam Pelaksanaan Ppibzw (Piawaian Perakaunan Islam Bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf)text::conference output::conference proceedings::conference paper613616