Mawaddah Abd MananNorzulaili Mohd GhazaliZulhilmi Mohd NorRobiatulAdawiyah Mohd2024-05-302024-05-302022Abd Manan, M., Mohd Ghazali, N., Mohamed Nor, Z., & Mohd, M. (2022).Analisis Tematik Peranan Ibu Terhadap Pembentukan Spiritual Anak Berdasarkan Hadis Sahih Al-Bukhari. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 177–190. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/19eISSN: 2756-8156https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/19/28https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/173078TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah StudiesPembentukan spiritual anak adalah dasar pembinaan jati diri yang perlu diterapkan ketika anak masih kecil. Kemasukan unsur luar disebabkan ketidakbatasan penggunaan internet pada hari ini menatijahkan masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Hal ini berlaku kerana kerapuhan sahsiah diri dan penerapan spiritual yang lemah dalam kalangan ahli keluarga. Justeru, ia menjadi cabaran dan tanggungjawab kepada institusi kekeluargaan terutamanya ibu untuk memantapkan spiritual anak seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengekstrak hadis daripada Sahih al-Bukhari berkaitan peranan ibu dalam membentuk spiritual terhadap anak dan menjelaskan temanya berdasarkan pemahaman hadis. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis tematik induktif. Bagi tujuan pengekstrakan hadis, kajian ini menggunakan Teori Medan Makna (SFT) bagi perkataan mar’ah. Hadis-hadis yang terpilih akan ditakhrij untuk melihat maksud hadis dalam skop yang lebih luas. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu berperanan melakukan penyerahan dan kepercayaan, menyemai akidah serta melatih anak melakukan ibadah. Tuntasnya, pembentukan spiritual dalam diri anak-anak berpandukan hadis Nabi SAW dapat memantapkan jiwa anak seterusnya menjadikan mereka insan yang bertakwa dan memiliki jati diri.otherTematik, Hadis, Peranan Ibu, Pembentukan, Spiritual Anak.Analisis Tematik Peranan Ibu Terhadap Pembentukan Spiritual Anak Berdasarkan Hadis Sahih Al-BukhariArticle177190