Muhammad Muthi’ul Haqq Fatah Yasin2025-12-182025-12-182025Muhammad Muthi’ul Haqq Fatah Yasin. (2025). Pemahaman Ekstremis Terhadap Teks Wahyu: Analisis Linguistik dan Kontekstual. International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025), 720–729. https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/2811-3411https://swatfpqs.usim.edu.my/e-prosiding/https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28281International Conference of Quran as Foundation of Civilization (SWAT 2025) : Maqasid al-Quran and the Madani Vision: A Guiding Light for Regional Serenity and Global Unity Organized by : Faculty of Quranic and Sunnah Studies, in collaboration with Nasyrul Quran and Daffodil International University, Bangladesh. Date:12-13 November 2025Kemunculan ekstremisme dalam kalangan umat Islam moden berkait rapat dengan kaedah memahami teks agama, khususnya ayat al-Quran dan teks Hadis. Aliran ini menafsirkan sebahagian ayat al-Quran dan teks Hadis berkaitan jihad dan pemerintahan Islam secara literal sehingga menyebabkan asas keadilan dan rahmat ditinggalkan manakala tindakan kekerasan yang bertentangan dengan prinsip Islam diwajarkan. Kefahaman seperti ini menimbulkan persoalan sama ada muncul disebabkan kaedah pemahaman yang diperselisihkan atau kejahilan dalam memahami teks wahyu menurut kaedah yang ditetapkan ulama muktabar. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara linguistik dan kontekstual beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang sering dijadikan sandaran oleh golongan ekstremis, bagi menilai sejauh mana penyimpangan kefahaman berlaku. Pendekatan kajian kualitatif digunakan dengan menganalisis sebahagian ayat al-Quran dan teks Hadis digunakan oleh aliran ekstremisme pada aspek linguistik dan kontekstual. Dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dan dianalisis menggunakan kaedah triangulasi daripada sumber kitab muktabar . Hasil kajian mendapati kefahaman ekstremisme berpunca daripada kelemahan memahami teks wahyu mengikut garis panduan ditetapkan ulama terutamanya dari sudut struktur Bahasa Arab klasik dan pengetahuan tentang konteks Sunnah. Kesimpulan kajian menjelaskan keperluan memahami linguistik Bahasa Arab secara menyeluruh dan pengetahuan tentang asbab al-nuzul dan asbab wurud al-hadith dalam memastikan kefahaman diperolehi selari dengan prinsip Islam.msEkstremismelinguistik Arabprinsip Islamtafsiran kontekstualteks wahyu.ExtremismArabic linguisticsIslamic principlescontextual interpretationrevealed texts.Pemahaman Ekstremis Terhadap Teks Wahyu: Analisis Linguistik dan Kontekstualtext::conference output::conference proceedings::conference paper720729