Mohd Azmir Mohd Nizah,Mohd Azmir Mohd NizahAfi Roshezry Abu Bakar2024-05-312024-05-312021-09-09https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18524Papers In MALAY Language Date: 9 September 2021 Platform: MSTeams, USIM Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.Tahap keselamatan jenayah bukan fizikal semakin meningkat, terutama dalam waktu pandemik ini. Ia semakin parah apabila melibatkan anggota keselamatan sendiri. Persepsi negatif boleh mewujudkan keadaan yang tidak stabil bagi sesebuah negara. Oleh yang demikian, makalah ini akan mengkaji persepsi belia terhadap tahap keselamatan jenayah bukan fizikal. Kajian menggunakan Model Kepercayaan Kesihatan sebagai kerangka kajian. Metodologi kajian kuantitatif digunapakai dengan pendekatan survei terhadap 412 orang responden secara rawak mudah. Kajian mendapati responden merekodkan persepsi tidak selamat yang tinggi (89.7%) dalam konstruk persepsi keselamatan dan merekodkan antara 57.9% hingga 98% kebimbangan dalam konstruk kebimbangan keselamatan. Kesimpulannya ialah, belia mempunyai persepsi keselamatan yang negatif serta mempunyai kebimbangan yang sangat tinggi terhadap insiden dan isu keselamatan yang telah berlaku. Tindakan reaktif dan prokatif perlu diambil dalam kadar yang segera serta tuntas kerana persoalan keselamatan bukan sahaja menyumbang kepada kemakmuran negara, malahan menyumbang kepada kestabilan emosi dan psikologi belia sendiri. Kata kunci: integriti; ketenteraman awam; politik; beliaotherintegriti;ketenteraman awam;politik;beliaPersepsi Tahap Keselamatan Jenayah Bukan Fizikal Dalam Kalangan Belia