Norfarhana Ahmad GhafarHishomudin Ahmad2024-05-292024-05-292023Ahmad Ghafar, N., & Ahmad, H. (2023). Makna semantik perkataan ’Basara’ dan sinonimnya dalam Kamus Lisan Al Arab oleh Ibn Manzur: Semantic meaning for the word ‘Basara’ and its synonyms in Lisan al-Arab by Ibn Manzur. Al-Azkiyaa - International Journal of Language and Education, 2(2), 13–31. https://doi.org/10.33102/alazkiyaa392948-531210.33102/alazkiyaa39https://azkiyaa.usim.edu.my/index.php/jurnal/article/view/39/34https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/13445Al-Azkiyaa : International Journal Languages and Education Volume 2 Issue 2 Page (13-31)Sinonim merupakan salah satu cabang dalam Teori Medan Makna yang membahaskan tentang beberapa perkataan yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama. Terdapat beberapa kajian berkaitan sinonim dalam kajian semantik sama ada dari aspek perbandingan dua bahasa, pening-katan kosa kata dalam pembelajaran bahasa, dan analisa berkomputer. Namun, kajian berkaitan si-nonim dalam sesuatu bahasa kurang ditekankan, khususnya bahasa Arab yang kaya dengan perkataan sinonim. Kajian ini membincangkan tentang makna perkataan basara dan sinonimnya, iaitu raa, syahada, nazara dan lahaza. Kajian ini menggunakan data sekunder, iaitu kamus Lisan Al-Arab karangan Ibn Manzur dalam membuat perbandingan makna antara perkataan tersebut. Ia melibat-kan dua fasa kajian, iaitu: enam langkah yang dicadangkan oleh Braun dan Clark (2006) dalam kaedah analisa kandungan, dan kajian perbandingan persamaan dan perbezaan yang memfokuskan kepada tiga makna utama secara hirarki. Hasil kajian menunjukkan terdapat persamaan makna di antara perkataan basara dan sinonimnya kerana ia mempunyai lima makna berpusat. Wa-laubagaimanapun setiap perkataan tersebut berbeza antara satu sama lain kerana ia mempunyai makna sampingan yang dapat diketahui melalui konteks ayat yang dibina.otherlinguistik, semantik, teori medan makna, sinonim, bahasa ArabMakna semantik perkataan 'Basara' dan sinonimnya dalam Kamus Lisan Al Arab oleh Ibn ManzurSemantic Meaning for the Word ‘Basara’and Its Synonyms in Lisan al-Arab by Ibn ManzurArticle133122