Atika Shafinaz Nazri2024-05-302024-05-302022Nazri, A. S. (2022). Penglibatan dan Sumbangan NGO Malaysia dalam Isu Kemanusiaan Palestin: Aman Palestin Berhad: Malaysian NGOs in Humanitarian Issues of Palestine: Aman Palestine Berhad . Sains Insani, 7(1), 7-16. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.3370127-787110.33102/sainsinsani.vol7no1.33716https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/337https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15192Vol. 7 No. 1 (2022): Jurnal Sains InsaniPenjajahan dan kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Palestin sementelahan pula kebisuan negara-negara berkuasa besar dan peranan Palestinian National Authority yang terbatas atau mempunyai kapasiti agak memuaskan, maka hadirnya pelbagai jenis NGO menjalankan aktiviti bantuan kemanusiaan terhadap golongan rentan ini. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk-bentuk penglibatan dan sumbangan NGO kemanusiaan Malaysia dalam isu kemanusiaan Palestin. Berasaskan pendekatan kualitatif, kajian telah menjalankan temu bual mendalam bersama tiga pegawai NGO Aman Palestin. Pemilihan NGO ini adalah berdasarkan bantuannya yang mengkhususkan kepada Palestin dan penglibatan secara aktif sejak penubuhan organisasi tersebut. Penemuan kajian telah menunjukkan terdapat pelbagai bentuk sumbangan bantuan kemanusiaan Aman Palestin menerusi projek yang melibatkan sektor ekonomi, pendidikan, sosial, kesihatan, pertanian dan insfratruktur telah menyumbang kelestarian hidup rakyat di sana. Penglibatan aktif melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Malaysia telah mempertingkatkan kesedaran mengenai isu Palestin dalam kalangan masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, projek dan aktiviti Aman Palestin dilihat lebih bersifat islamisasi yang mensasarkan golongan beragama Islam sahaja. Isu Palestin perlu diangkat sebagai isu kemanusiaan bukan agama semata-mata supaya semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dapat berganding bahu dalam membantah penjajahan Israel.enAman Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Israel, NGO, Palestin, Aman Palestin, humanitarian assistance, Israel, NGOs, PalestinePenglibatan dan Sumbangan NGO Malaysia dalam Isu Kemanusiaan Palestin: Aman Palestin BerhadMalaysian NGOs in Humanitarian Issues of Palestine: Aman Palestine BerhadArticle771