Abdul Syahid MustafaMuaz AzaraiMuhammad ‘Izzat MustafaZakiah SallehMahizun MohaiminHalim IsmailNoor Azizi IsmailMohd Aderi Che Noh2024-05-282024-05-2820212022-2-152289-7356https://drive.google.com/file/d/1NXti7JKq50V0qjgew8uubiuldvYlncIq/viewhttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5305Buku Teks merupakan salah satu sumber pengajaran utama dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC). Perubahan sistem pendidikan PdPC secara bersemuka kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengubah cara pembelajaran di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun institusi-institusi pengajian tinggi. Penggunaan buku teks bercetak semasa PdPC telah berubah kepada penggunaan buku teks digital semasa PdPR. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran penggunaan buku teks digital Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sewaktu PdPR dan mencadangkan penyelesaian untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan memperolehi data melalui temu bual dan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa cabaran-cabaran dalam PdPR wujud dari aspek guru, murid dan bahan. Beberapa cara penyelesaian telah dicadangkan untuk mengatasi cabaran-cabaran ini. Kesimpulannya ialah buku teks masih tetap menjadi sumber utama dalam sesi PdPC walaupun dijalankan secara atas talian. Kajian ini memberi implikasi terhadap guru-guru Pendidikan Islam untuk mengaplikasi buku teks digital sewaktu PdPR.otherBuku Teks Digital, Pendidikan Islam, Cabaran PdPR, KSSRCabaran Pdpr Menggunakan Aplikasi Buku Teks Digital Pendidikan Islam KssrArticle2839114