Aida Hayati Mohd SanadiFaiz HadiFarah Nadia Harun2026-01-132026-01-132025Aida Hayati Mohd Sanadi, Faiz Hadi & Farah Nadia Harun. (2025). Memperkasa Generasi Madani Melalui Pendidikan Rentas Budaya dalam Era Kecerdasan Buatan (AI). International Conference of Language & Education (ILEC2025),292-306. https://sites.google.com/view/ilec2025/home3120-3809https://sites.google.com/view/ilec2025/homehttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28544International Conference of Language & Education (iLEC2025): Empowering Language and Education to Develop Madani Generation in the Era of Artificial Intelligence (AI) 17 & 18 November 2025 Organized by Universiti Sains Islam MalaysiaKemunculan kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap pendidikan global, sekali gus menuntut pendekatan baharu yang mengimbangi kecekapan teknologi dengan nilai kemanusiaan. Dalam konteks ini, pendidikan rentas budaya berpotensi menjadi pemangkin kepada pembinaan generasi MADANI yang inklusif, beretika dan berwawasan global. Artikel ini bertujuan menganalisis kesesuaian nilai-nilai MADANI dalam kerangka pendidikan rentas budaya, mengenal pasti strategi integrasi pendidikan rentas budaya berasaskan AI dalam konteks Malaysia, dan meneliti cabaran serta peluang penggunaan AI dalam memperkasa sistem pendidikan pelbagai budaya. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur sistematik berdasarkan artikel terpilih dari konteks antarabangsa dan serantau, termasuk Malaysia dan Asia Tenggara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai seperti kemampanan, hormat dan kesejahteraan sosial dapat diperkukuh melalui pendidikan rentas budaya yang disokong AI. Namun, isu seperti jurang digital, bias algoritma dan kekangan infrastruktur kekal menjadi cabaran utama bagi memastikan pendidikan yang inklusif dan beretika. Artikel ini menyumbang satu kerangka konseptual integrasi nilai MADANI dalam pendidikan rentas budaya berasaskan AI, serta mencadangkan dasar dan amalan yang relevan bagi membentuk sistem pendidikan yang mampan dan responsif terhadap realiti digital semasa.msGenerasi MADANIPendidikan Rentas BudayaKecerdasan Buatan (AI)Nilai PendidikanKecekapan DigitalMemperkasa Generasi Madani Melalui Pendidikan Rentas Budaya dalam Era Kecerdasan Buatan (AI)text::conference output::conference proceedings::conference paper292-306306