Suhaizad SaifuddinMervyn @ Hasan SainyNurul Rafeeqa Afdul Mutolip2026-01-062026-01-062025Suhaizad Saifuddin, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip, Mervyn @ Hasan Sainy. (2025). Analisis Perbandingan Kerangka Perundangan dan Pemakaian Keterangan Digital di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Malaysia. International Conference on Syariah, Law and Science (CFORSJ I-CONF) - CFORSJ Procedia, 3(1), 446-459. https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/217https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/217https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/28375Kemajuan teknologi digital telah merevolusikan sistem perundangan, terutamanya dalam aspek penerimaan dan penggunaan keterangan dokumen digital di mahkamah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara perbandingan pemakaian keterangan dokumen digital di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di Malaysia dengan meneliti rangka kerja perundangan dan prinsip pembuktian yang diguna pakai oleh kedua-dua sistem perundangan tersebut. Metodologi kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap peruntukan undang-undang substantif termasuk Akta Keterangan 1950, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah, serta keputusan-keputusan kes terpilih dari kedua-sistem. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua sistem mahkamah menerima dokumen digital sebagai alat bukti, terdapat perbezaan signifikan dari segi tahap penerimaan, standard pembuktian, dan prosedur verifikasi ketulenan. Kajian ini juga mendedahkan bahawa integriti keterangan digital semakin terancam dengan kemunculan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan deepfake yang mampu memanipulasi elemen multimedia sehingga menyukarkan proses pengesahan kesahihan. Sebagai penutup, kajian ini mencadangkan proses harmoni kerangka perundangan Mahkamah Syariah dengan Akta Keterangan 1950, disertai dengan pemerkasaan garis panduan teknikal untuk pengesahan dokumen digital dan penambahbaikan peruntukan undang-undang khusus bagi menangani cabaran teknologi semasa. Langkah-langkah ini diharapkan dapat memastikan keterangan digital diiktiraf secara konsisten dan efektif di Mahkamah Syariah.msEvidenceDigital EvidenceCivil CourtsShariah CourtsLegal HarmonizationPembuktianKeterangan digitalMahkamah SivilMahkamah SyariahAnalisis Perbandingan Kerangka Perundangan dan Pemakaian Keterangan Digital di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di MalaysiaA Comparative Analysis of Legal Frameworks and the Application of Digital Evidence in Malaysia’s Syariah and Civil Courtstext::conference output::conference proceedings::conference paper446459